Followers

Monday, 14 January 2013

Selamat Datang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini, sudah muka surat ke 14 dari 365 muka surat di tahun dua kosong satu tiga bersamaan dengan 2 Rabiulawal 1434 H. Cepat nya masa berlalu kan, rasa macam baru semalam kita berganjak masuk ke tahun baru ni. Entry terakhir saya, 14 Disember yang lalu, kira kira kurang lebih sebulan yang lalu. Sesungguhnya saya merindui saat saat indah mencoret kisah kisah, juga ingatan dari diri buat semua, tapi apakan daya, faktor faktor luaran itu menghentikan saya dari berkata kata melalui taipan taipan di papan keyboard laptop saya ini. InsyALLAH, lepas dari hari ini, saya cuba kembali pada saat dan ketika saya kembali berani untuk jadi blogger sepertimana diri yang dulu. 

Apa pun sebagai menutup tahun 2012 merupakan tahun menggapai impian menyambut hikmah. 

Dari awan ke bumi. Permulaan tahun tidak begitu baik. Bisnes menurun, dari puncak ke bawah tahun ini . Semua gara gara perubahan yang berlaku. Saya dan beberapa kawan mula dipinjamkan yang akhirnya berlaku perubahan besar dalam hidup saya tahun ini.

Kembali ke tanah air. Selepas bertahun menabur bakti di negeri orang, saya akhirnya kembali ke tanah air sendiri. Saya tinggalkan Selangor untuk kembali ke Pulau Pinang. Negeri yang hampir tiga tahun saya tinggalkan demi tugasan di sana. Orang mungkin gelak, tapi itulah kisahnya, walaupun permulaan itu perit, tapi akhirnya indah. Saya dah tak perlu nak demam demam rindu kat family. Tak perlu lagi sedih sedih, malas nak balik sana, perasaan yang saya jumpa tiap kali saya pulang bercuti. 

Blogger ke laut? Juga satu hakikat yang saya terpaksa telan. Saya yang begitu cinta menulis akhirnya tunduk kepada dugaan dugaan yang yang menjelma. Sudah tak ada lagi blogger Nadzrie.com yang mencoret serajinnya saban hari. Entry entry penuh ilmiah, perkongsian pembakar semangat . Yang ada hanyalah belog bersawang yang tak lagi menarik minat pembaca datang dan berkunjung. Diharapkan bermula sekarang, saya mampu buat sesuatu. sayang rasanya bila ditinggalkan nya begitu sahaja. 

Dari Telco ke Industry. Satu lagi perubahan besar yang berlaku, saya berubah 360 darjah iaitu dari seorang yang berkecimpuang dalam bidang telekomunikasi , masuk ke dalam dunia industri. Kerja saya dahulu berubah dari travelling kepada kerja yang stick to a place, iaitu kerja kilang. Tapi alhamdulillah, berkat redha, ianya tidaklah seteruk yang di takutkan, cumanya rasa sedikit ralat juga kerana tidak mampu meneruskan legasi tugasan dahulu. Walaubagaimanapun, menerima apa yang ALLAH beri itulah jalan terbaik. 

Goodbye student. Satu juga yang menyedihkan saya. Saya menanti untuk pulang ke sini sejak akhir 2011 lagi, tapi masa tu ada sedikit masalah, dan dibatalkan, tunggu tunggu dan tunggu, akhirnya kembali ke sini pada August 2012. Pun atas sebab ditpu, kalau tidak masih ada di sana lah saya. Sekarang dalam pertimbangan, sama ada saya patut kembali atau lupakan terus impian saya itu. 

Im Not Single. Pengakhiran tahun ini indah sebenarnya. 10 November 2012, tarikh keramat saya di satukan dengan idaman hati saya, Puan S. Akhirnya penantian selama ini, ditamatkan dengan lafaz aku terima nikahnya tepat jam 12:04pm petang tarikh berkenaan.Saat yang sangat tidak akan saya lupakan. Tika pertama kali saya menerima dia sebagai suri hati saya. Syukur pada ALLAH. dikurniakan saya dengan rumah tangga yang mebahagiakan. Saya doa hingga ke jannah. Sepertimana saya bahagia dia sebagai bidadari di sni, saya mahu dia jadi peneman saya di sana nanti. 

Abi and Ummi to be. Ini penamat yang menggemparkan bukan? Tanggal 26 Disember 2012, saya dapat satu SMS mengatakan "POSITIVE", subhanALLAH, saya terkedu, saya senyum selebarnya, bagai berada di atas awan gamaknya tika itu, nak melompat kang melampau sangat kan, dah la berada di depan Mama Ayah kan, saya syukur, kerana pada ketika itu saya dapat info, yang Puan S sudah mengandung. Di tanya tanya, kecek kecek doktor pada masa tu, dah beberapa minggu. ALLAH, sungguh saya syukur.


Tahun 2012 - Tahun berakhir dengan doa doa yang dimakbulkan. Impian yang terkabul. Juga ibarat memetik hikmah hikmah yang berbunga dengan tanda tanya sebelum ini.. Akhirnya dia berbuah kejayaan setelah tumbuh bunga kegembiraan yang datang satu per satu setelah dugaan demi dugaan yagn merencatkan jiwa yang tidak lagi sekental dulu. Saya bersyukur. Saya bersyukur. Saya bersyukur amat ! walau pada mulanya, Saya tak nafikan, masa awal ketibaan di sini, hanyalah perasaan sedih yang amat sangat, kerana sebab utama kembali ke negeri tanah tumpah ini adalah kerana saya telah ditipu secara berjemaah dengan sahabat sahabat seperjuangan pada masa tu. Sungguh saya kecewa dengan bangsa sendiri yang menangguk di air yang keruh dengan kepercayaan yang diberikan masa itu, tapi sekarang, syukur, kerana kesedihan itulah ALLAH kurniakan saya kegembiraan masa sekarang. Bukan hanya berada dekat dengan keluarga, tapi juga saya dapat apa yang saya idamkan di sana. Saya kembali di sini dengan apa yang saya ada di sana. 

Pesan saya pada readers, jangan takut berdepan ujian, jangan lari berjumpa cobaan, kerana ALLAH dah sediakan bunga bunga hikmah yang mewangi kebahagiaan setelah ia mekar . Percayalah. Saya dah merasainya. Saya syukur pada NYA, segalanya sememangnya yang terbaik yang disediakan buat saya. Alhamdulillah. 

6 comments:

Faris Adli said...

Akhirnya penantian selama ini, ditamatkan dengan lafaz aku terima nikahnya tepat jam 12:04am petang tarikh berkenaan

12:04am akad nikah? tengah malam tu..

Yan Ty said...

Congrats for the good news for u n Syakira.

H Y D E said...

syukur :)

kiera'sakura said...

Alhamdulilah. bila kita redha dengan apa yang Dia tentukan Dia mesti bagi kita senyuman yg indah kan?

walaupun awak berdepan yang perit tapi alhamdulilah berganda ganda lagi kebahagiaan yg datang kan. tahniah syng ;)

Are_Rull said...

thniah both of u .. aftr this .. story ttg pkembangan si kecik tu lak ye .. hehehe (^_^)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah...

setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah....

adakala pahit...tapi manis di akhirnya....

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA