Followers

Wednesday, 16 January 2013

Hey Listen Listen Listen

Assaalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hey #listen #listen #listen.

Fenomena baru gamaknya kebelakangan ini. Rasanya belum terlambat untuk saya turut serta memanaskan situasi semasa dengan pandangan saya sendiri berkaitan apa yang berlaku tu.

Dari apa yang saya lihat. Tak ada apa la sangat kes ni, cumanya..

1. Biadap. Kot ya pun kita adalah orang yang jadi wakil majlis adalah sangat tidak sopan untuk kita tetiba datang dan merampas mike, kemudian, kita halang orang dari bercakap, dan harapkan oragn mendengar apa yang kita katakan, SEDANGKAN orang tu pun belum habis berbicara.

Saya sendiri teringat satu kisah, masa saya dulu terbabit dalam bab bagi ceramah ni kan, perkara pertama yang akan saya cakap selepas audience bertanya adalah, "terima kasih pada yang bertanya" kemudian saya lanjutkan dengan menjawab persoalan yang diberikan.

Malah seingat saya, waktu saya berkecimpung seketika dalam perdebatan ni, bila masa menjadi soalnya, pastinya saya dari awal akan menidakkan soalan sebelum ianya ditanya, bukan sewenangnya merampas hak berkata kata pihak lawan. Ini adalah peraturan, dan rasanya adab bila kita bersama dengan orang.

Juga ingat lagi waktu ketika saya kecil dahulu, Mama selalu pesan, "JANGAN MENYAMPUK BILA ORANG BERCAKAP", rasanya ini mungkin apa yang Mama pesan dahulu dan melekat hingga kini.

2. Belagak. Hello. Boleh plak nak rendah kan martabat manusia yang katanya kurang pendidikan dari dia yang tinggi pelajarannya. Saya rasa kan, kalau orang tinggi pelajaran, mesti dia tahu nak takut kat sapa kan? ALLAH kata, tudung tu WAJIB bagi seorang perempuan. Ehh u know what i mean kan?

3. Animal have problem. Yang ni tak berani nak kata apa. Betoi la kot kan, saya selalu tanya kat Gemok, pet saya, tapi tak pernah plak dia jawab pape. Rasa saya la kan, gemok tadak masalah la tu kan? kan? kan?

Dan saya nak luahkan yang saya rasa ada benarnya. Semakin tinggi kita, semakin kita lupa daratan. Tengoklah sekeliling kita semua. Di jalan raya, kereta kereta yang besar, yang mahal mahal itu selalunya kita akan lihat paling kurang 'moral' nya di jalan raya. Mereka datang laju seolah olah hanya meraka yang mahu sampai awal ke destinasi, mencilok tak tentu tempat, hanya sebab nak cepat. Mungkin ada benarnya kan?

Orang yang 'tinggi' pelajaran konon kononnya tu la yang banyak cuba hendak mempersoal hukum ALLAH. kononnya hukum yang ALLAH buat itu tak sesuai dengan zaman kita, konon hukum itu tak boleh nak buat itu dan ini dan bunyi seakan memperlekeh apa yang dah di catatkan sejak dahulu lagi. Saya tanya kembali, anda masa telur goreng untuk sarapan pagi pagi, pastu rasa dia tawar, mesti anda dah tahu kan bahawa anda lupa meletakkan garam. Sama jugalah konsepnya, DIA yang cipta kita, takkan DIA tak tahu kita macam mana?

Lagi bab berkaitan dengan adab. Rasa masyarakat kita makin kurang adabnya sekarang. Saya rasa macam tu. Kita makin kurang nilai ketimuran semenjak kita semakin kononnya mencapai kemajuan ini. Lihat sahaja di jalan raya. Itu sudah tentulah kan. Kita ambil contoh lain, menghormati orang lain. Ini salah satu contohnya yang kita lihat, ada yang lain lagi bukan, mula lah hari esok dengan lihat sekeliling kita, pasti kita jumpa. PASTI !

Dan yang terakhir nak saya katakan, saya tak nak salahkan sesiapa, ini masalah global, bukan hanya dia sebenarnya, tapi semua pihak. Dan percayalah kata saya, yang ini tak akan bertambah baik, tapi akan jadi lebih teruk sekiranya kita tak kembali ke jalan ALLAH yang sebenar benarnya. Percayalah kata saya. Kerana bila ALLAH kita yakin senantiasa ada bersama, tak mungkin walau sekecil kecil hal kita abaikan. Inikan pula memalukan orang di khayalak ramai.

5 comments:

Iffah Afeefah said...

hah ai stuju walapun ai xtgk bideo tu lg

tapi ai paham sbb da jdi penomena kt fb n blog

mmg xpatut die ckp cmtu hurm

Rozuan Ismail said...

dah tgk video tuh,memang sangat biadab

Anum said...

sama la anum pun x nak salahkan sesiapa

kiera'sakura said...

baru tadi tengok bideo tue. tak tgk smpi abis pun sebab meluat.

Sunah Sakura said...

dan boss agak kecewa sebenarnya bila tiada seorang pun student UUM lain yang bangun mempertahankan bavani bila dia dibidas sebegitu..apa yang lain tu semua takut sangat ke dengan syarifah?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA