Followers

Sunday, 18 November 2012

Aku terima nikahnya.....

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca

Apa khabar wahai readers? Maafkan saya kerana hilang dalam masa seminggu ini. Entry terakhir saya taip waktu saya dalam perjalanan ke penghujung perjalanan diri yang berstatus 'single' yang kemudiannya diubah kepada status seorang suami.

Alhamdulillah , berkat rahmat dan izinnya, akhirnya pada tanggal 10 November 2012, bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1433H, jam 12:04 tengah hari, maka sahlah saya sebagai suami sebaik menyambut lafaz ijab dr kadi dengan lafaz "aku terima nikahnya," kemudian disahkan oleh para saksi yang ada bersama.

Saat saya menerima lafaz ijab dan sayaa balas dengan lafaz qabul merupakan moment yang sangat luar biasa pada saya. Menerima tanggungjawab seorang suami bersama tanggungan isteri dan bakal memiliki keluarga di masa hadapan adalah apa yang saya dapat selain daripada keluarga baru yang bakal menguji adil kah saya dalam membahagikan kasih sayang di masa hadapan.

Kemudian, saya mohon dari semua untuk beransur seketika dan menunaikan solat sunat dua rakaat bersama isteri. Solat pertama saya sebagai ketua keluarga dan juga buat pertama.kalinya saya mengimamkan solat isteri saya. Juga inilah doa pertama kami yang diaminkan bersama. Alhamdulillah. Ia berjalan seperti yang kedua harapkan. Tapi bersama dengan perasaan sebak yang menebal kerana akhirnya. Bertaut juga dua hati, bersama juga dua jiwa, dan bersatulah satu perasaan , kami akhirnya bersama jodoh yang diizinkan ALLAH. Tiada lain melainkan rasa syukur yang setinggi tinggi dipanjatkan pada Ilahi yang mengizinkan perjalanan kami dinoktahkan dengan satu ikatan halal bersama perjalanan panjang berisi separuh agama.yang sudah lengkap menunggu takwa pada sebahagian yang lainnya.

Seterusnya, cincin disarung pada jari masing masing dan disambung dengan sesi photo bersama keluarga. Saat diri memeluk mama ayah, mama dan papa, tika inilah diri berazam, bahawa diri bakal menjadi sehebat mereka yang bersabar hingga ke saat ini menjaga dan membesarkan putera puteri mereka hingga sekarang, malah dilimpahkan dengan kesayangan yang seluas luas nya, kecintaan yang setinggi tinggi langit diatas dan kesabaran bersama ketabahan yang sehebat hebat nya tika kami hadir dalam hidup mereka dari dulu hingga sekarang. Saya bisikkan pada mereka "insyALLAH, saya akan jaga amanah ini sebaiknya" dan tiada lain melainkan senyuman kelegaan pada mereka saat mendengar hujah awal saya ketika itu.

Pada keluarga yang datang menyambut dan meraikan, juga setinhgi tinggi terima kasih pada anda. Saya hargai sangat. Serius saya sangat menghargainya.

Dan tidak lupa pada taulan yang mengindahkan pagi pagi kami. Saya terharu sangat kerana dari seluruh pelosok Malaysia anda hadir untuk kami, meraikan kami pada hari bahagia kami,hari yang menoktahkan segala yang kami simpan selama ini. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan semua perjalanan kita pada hari itu.

Buat yang mendoakan. Terima kasih juga saya ucapkan. Cuma satu pinta saya. Doakanlah kami hingga ke taman taman syurga. Saya tak mahu hingga ke akhir hayat sahaja sebab bila saya menerimanya, saya mahu dia ada bersama saya hingga ke sana, saya mahu terus dijaga 'bidadari langit' yang dikirimkan dari syurga buat sayaini. Saya juga tak mahu hingga akhir hayat sahaja kerana saya mahu perasaan ini kekal, hingga ke sana.

Terima kasih semua. Terima kasih atas segalanya. Saya doa ALLAH kirimkan kamu keberkatakan, kesenangan, rahmat yang senantiasa memayungi kehidupan. Amin yarabbal alamin.

#nanti saya panjangkan lagi entry ini ya? Ada org da panggil tu. Kikikiki



Published with Blogger-droid v1.6.9

11 comments:

Solihin Zubir said...

huh! jeles! hahaha...

tahniah la. jodoh KBU.. kikiki..

Semoga beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat la ye. aminn..

Iffah Afeefah said...

tacing plak bace entry

tetibe y ayat last tu spoil

#kim salam kat akak cengeng hee

Z@i Z@mR33 said...

Tahniah...
Selamat pengantin baru nadh n kiera...
Moga bahagia hingga ke syurga...Amin :)

CekbOlat-bOlat said...

cntik pngantin tu :)

H Y D E said...

amboi ending tu! kah kah kah.

najihahfara said...

tahniah..semoga berkekalan nasz ;)

CikSpek said...

Cantik gambaq tu. huhu. selamat berbahgia kalian :)

nadia eshak said...

wahhh . tahniah !! insyaAllah sampai ke syurga . aminnn :D

nora amila ghazali said...

ayat last tue yang comei.. ada org dah panggil.. kih3..

selamat pengatin baru.. :) walaupon dah lambat.. ngeee

the malay male said...

tahniah :-)

Rozuan Ismail said...

tahniah nadh!!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA