Followers

Thursday, 22 November 2012

How to face morning

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa cerita kita hari ni.?

Saya suka mulakan hari dengan senyuman. Positifkan diri sepositif mampu. Yakin bahawa setiap
Hari itu adalah hari yang baik. Hari yang indah buat kita.

Nikmati tiap nafas pagi dengan penuh syukur, penuh rasa bertuah dan rendah diri. Syukur kerana masih diberikan peluang bertaubat. Bertuah kerana masih diberi nafas memperbetulkan apa yang masih belum dan rendah diri bila sedar kita hanyalah penumpanh di atas muka bumi Yang Esa.

Mudah bukan. Bila kita hidup dan mula dengan rasa sebegitu. Pastilah sedar yang kita ibarat pelakon atas pentas yang dah ditentukan role kita disini. Apa yang disusun itu kita juga tahu adalah bersama hikmah yang pastinya baik untuk kita. Dalam kita tak sedar tu. kita menangis ilangnya mentari dan hadirnya hujan. Rupany digantikan pelangi buat kita tersenyum kembali. Begitu hebatnya hikmah dari Nya.

Bila kita mulakan dengan berduka lara. Secara automatiknya permulaan hari adalah satu yang memeritkan. Kenapa perlu berduka sedang hari ini ALLAH kirimkan kita kemungkinan 24jam lagi untuk kita atur hidup kita. Lagi 24 jam utk kita leraikan permasalahan kita. Dan yang lagi indah 24jam yang patutnya kita manfaatkan untuk kita kembali ke jalan ALLAH yang sebenar benar dan selurus lurus jalan menuju redha.

Dan yang paling tinggi kedudukan org disisinya itulah orang orang yang tinggi takwanya.

Jadi napa perlu risau? Kita jalani idup sebaiknya. Jangan jadikan masalah itu penghenti jalan, tapi motivasi buat diri menjadi lebih kuat. Practice makes perfect kan? Cm adk saya penah kata, dia bebel napa mama dan papa wat rumah yang besar dan dia perlu mengemas banyak. Jawab mama, "ya lah bila banyak kamu buat, kamu lagi cepat terer".

Sama juga kita relate dengan hidup. Banyak yang kita alami, lagi tambah matanglah kita. Kan?

Jadi napa perlu berduka. Bangkitlah!!

3 comments:

Anum said...

smile always

kiera'sakura said...

dengar ustaz kata semalam. "enjoy ur life" insyaAllah mesti terasa bahagia walaupun masa tue kaki kita terpaksa dipotong. itu contoh la :)

Iffah Afeefah said...

tetiba terasa nak bangkit dr duduk. penat da

#tertunggu2 entry cerpeng jirang

Buta+Pekak+Bisu=CINTA