Followers

Tuesday, 20 November 2012

Resepsi kami.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry lepas saya cerita pasal hari saya bergelar suami kan, hari ini saya kisahkan hari kedua. Hari resepsi saya dan dia.

Detik semalam tu masih lagi tak dapat dilupakan. Saat saya bersalaman menerima akad mengesahkan diri sebagai suami Cik yang ALLAH dah pilihkan untuk saya tu. hari ahadnya, sedikit kelam kabut juga sebenarnya.

Pagi itu saya khabarkan pada sepupu. Since kami janji pukul 130 saya akan bertolak dari rumah homestay tu, saya pun lepak lepak la siapnya. Konon pukul 12 nak pakai lens, pukul 1230 mandi dan pukul 1 bersiap. Last last menda lain yang jadi. Saya baru perasan yang saya tak ada pin nak pakai sampin dengan barut yang dia kasi tu. ahahaha tlg jgn gelak, saya pun xtau apa nama kain tu jadinya panggil barut la. Kikiki

Ha sambung balik, kelam kabut tengah hari tu, dah la tetiba Cik isteri call bagitau suruh datang kul 115. Saya gtau la. Jangan nak buat gila , semalam 130 hari ni 115, mana nak sempat siapnya . Dan sangatlah teruk sebab nak membungakan sampin pun x ada sapa reti. Mujur ada kak azza. Slumber badak dia ja buat sampin saya tu. tak kisahlaha bunga apa pun kan, janji ada cam bunga. Last last siap juga dalam pukul 135 macam tu. sampaikan enchik pengkapit saya mai jemput dirumah lah. Segak la dia hari tu. jeles tau pengantin. Kang abeh orang tgk dia dr saya. Kikiki

Elok elok saya siap, nak keluar ja hujan dah turun dengan lebatnya . Sekali lagi lah kelam kabut tu. kami mana ada payung bagai ni. Naseb la ada juga payung avon mama tu. lantak. Men pakai ja. Saya mulanya malas nak naik kereta, tapi kena paksa juga. Ayah yang bawa saya n pengkapit dengan dua bidadari kecil a.k.a flower gurl saya, Dyan Awla Umaera dan Irdina Afiqah.

Sampai saya disambut kompang dimainkan di speaker besar untuk resepsi kami. Kemudian dibawa untuk makan beradap sesama keluarga pengantin. Masa tu kan perasaan tak ketahuan tau. Ya lah. Banyak betul
Kamera yang sampai dihadapan. Saya ni tatau la nak tersipu macam mana dah. Tebal rasa muka ni. Pipi pun dah nak cramp dok senyum ja. Hihihi

Sebaik duduk, saya senyum pada permaisuri hati kat sebelah tu seraya keluar kata di mulut,
"hai .. Awak pakai apa atas kepala tu? Macam rusa lah." apa lagi..'PANG' lahhh. Kuat toi dia cubit. Sakit. Padan muka saya. Hihi nak sangat menyakat dia. Pastu kami makan. Saya ada satu yang saya rasa pelik hari ni. Beberapa kali pergi jadi pengkapit kan, rasa malu sangat nak makan. Tapi hr ni masa resepsi, sesedap hati saya makan. Tak endah orang dah. Bertambah siap tu. maceh la pada enchik pengkapit saya tu. tlg layan saya. Malu tau x, makan pn nak susahkan orang . Saya cakap taknak tapi dia bekeras nak juga buat kan.

Next , memotong kek. Lawak juga.. Dah potong orang suruh suap. Kami ni mana boleh bertentang mata. Tengok ja mata. Gelak la. Tapi last setelah mengkaver dengan penuh perasaan. Ada jugalah photos tu.

Selepas tu masuk dalam. Photography la apa lagi. Ini pun best. Ramainya lah yang menunggu. Saya tak kira dah. Saya suh PA saya hari tu a.k.a Jiah panggil suma ahli keluarga nak bergambar. Pastu paksa juga Cik Permaisuri panggil keluarga dia. Tapi tahulah kan. Tuan umah bizi. Last dekat nak habis baru dapat bergambar. Yang dengan kawan kawan jangan cakap. Banyak juga. Cuma hairan bila da masuk pesbuk tu gambar kami y kurang. Wehhhh kenduri ampa ka kenduri kami ni? Haaa? Kikikiki

Last skali. Sebelum balik. Mula la drama air mata. Saya sendiri pun sebak bila nak tgk suma balik. Tambah lagi sebak la bila ada yang menitiskan air mata. Sebab terharu dan mungkin juga terlalu gembira melihat dua hati yang sudah bersatu ini. Betul. Ramai juga yang saya nampak. Sampaikan saya sendiri pun dah sebak. Yang Cik saya tu plak tukang pujuk orang len. Pujuk pujuk jugak. Dia pun sama. Kikikiki

Tak kurang juga pada yang berpesan. "jaga abg kami leklok", "jaga kak kami leklok", "jaga adk", "jaga sesama". Saya pasti akan berusaha dan saya tahu dia juga sedang berusaha. Kami akan jadikan ini syurga kami. Syurga dunia sebelum bertemu alam kubur seterusnya alam akhirat yang abadi. Kami berusaha jadikan ia sebaik baik anugerah yang akan dijadikan batu loncatan untuk mendapat barokah juga rahmat dari ALLAH. Moga tiap kegembiraan itu menjadi semangat dan kedukaan sebagai motivasi bahawa tiap yang susah dan sedih pasti berlleh manfaat besar dari NyA sekiranya dihadapi bersama tbah dan kesabaran.

Kepada semua yang mendoakan. Adik beradik, sahabat sahabat saya, saya terharu sangat dengan semua. Air mata anda menjadi nadi semangat saya untuk bersungguh menjadi imam terbaik buat keluarga saya. Terima kasih semua. Terima kasih kerana hadir. Terima kasih kerana brkongsi bahagia kami. Saya doakan anda juga bertemu kebahagiaan anda satu masa nanti. Amin amin amin yarabbal alamin.

Sekali lagi. Andai ada salah dan silap. Saya hulurkan 20 jari dari saya dan dia memohon ampun dan maaf andai ada yang tidak disenangi disukai dan mengguris sesiapa pada hari bahagia kami. Moga suma kiita kawan sampai ke taman taman syurga. Leb leb lah anda suma..

17 comments:

missina said...

tahniah,,,selamat pengantin baru,,,semoga hidup kalian diberkati Allah,,aminnn,,

kiera'sakura said...

nak leb jugak lah cam nie Eh!! hahahahaha

sungguh sangat terharu dengan kehadiran semua dan kehadiran encik suami yang sudi menjadi pedamping diri ;) terima kasih

Cik Sara said...

Tahniah!
Barakallahumma...
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..~

Anum said...

bahagia

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...sonok2~~

:p

reenapple said...

Tahniah.. ehehe. Maybe dah terlambat nak wish tapi aku doakan semoga hubungan kamu kekal hingga ke akhir hayat. =) Serta penuh dengan keberkatan dariNya.

#tak tau nak wish macam mana.. ehehe

aDisH.sHidA said...

mana yang lain...tak kan 3 orang lelaki tu je pegi..

padan muka ampa kena cubit...

hujan rahmat tu..sejuk

CikSpek said...

ruang kosong sebelah kak shida tu patot diisi oleh saya. sedihnya tak dak pd hari kejadian :(

the malay male said...

Semoga bahagia dunia dan akhirat

Iffah Afeefah said...

banyak typo

rase nadh nga taip kelam kabut je nampak haha

MR & MRS MAKMUM said...

semoga brbahagia d dunia & akhirat ~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tergelak-gelak tang tanduk rusa tu haha...

ampa, jgn la kuat menyakat sangat kawan kami tu...kesian dia tau hehe...

hmm,,rasa sebak plak bila ingat balik saat nak berpisah tu... hukhuk...

macam kami pesan ritu..jaga kiera leklok.... nangesss

fadilpenyu said...

ada lagi tu ha yang kurang kat gambar. hakhak. ok, nama gua takde dlm entri ni. sentap. haha

fadilpenyu said...

#mohon taruk gambar gua barang sekeping dua. haha

Z@i Z@mR33 said...

sm la mcm kami...penat tau dok senyum mnjg hr kawen tu...x wt apa pon penat

Rozuan Ismail said...

wah meriahnya.ramai yg datang

misshannajr said...

tahniah,,selamat berjuang utk sebuah keluarga baru :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA