Followers

Tuesday, 6 November 2012

Journey of a groom to be - Part 13

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini adalah antara entry entry terakhir dan mungkin bakal jadi yang terakhir dalam slot yang tak berapa panjang ni. ehhe. maafkan saya sebab tak sempat nak hapdet bebanyak cerita dalam slot ini.

Pesanan Seorang Abang.

Beberapa hari lepas, masa saya sedang asyik membisingkan group satu tu, dengan dok asyik mensi dia tu dan dia ini, ada lah seorang abang yang dah lama tak jumpa ni muncul . Lama benar tak kongsi cerita dengan dia. Ingat lagi masa pertama kali jumpa masa kami adakan mini gath di Taman KLCC satu masa dulu. Dia seorang yang dah berkahwin, seorang yang cool saya lihat, dan paling saya suka dia seorang Papa yang penyayang. Lhatlah bagaimana kedua anak yang rapat dengan nya itu. Saya yakin dia seorang Papa yang cool .

Owhh berbalik kepada perbualan kami semalam. Saya cuma nak kongsikan pesanan pesanan yang dia turunkan buat sama kemarin. Saya kongsikan agar kebaikannya tidak hanya jadi pedoman saya dan adik adik yang berada dalam group itu, tapi di perluaskan untuk tatapan readers budiman sekalian.

Pesan pertama dia buat saya. :

Ini apa yang saya belajar dari kisah kisah chenta kembeng zaman sekolah ni. Orang ada pesan tau. Waktu bercinta ini adalah waktu kita berlakon sehebatnya, sebab nak buktikan bahawa dia adalah segalanya, kemudian bila dah kawen, kambeng tuko jadi singa, merak jadi ulo sawa, banyaknya lah yang berubah, sebab bila dah bersama, masa itulah terdedah lah segalanya. Bak kata kakak saya, Adik kena sabar bila dah kawen ni, sebab bila dah bersama, kita dah pun menerima dia seadanya, tak kiralah seburuk mana pun si dia. 

Pesanan kedua dia. 
Untuk TIPS AKAD NIKAH DENGAN JAYANYA. ehehe. TIPS Lawan rasa gugup ni.

Dalam dari dok pesan tu, sempat lagi dia melawak dengan saya. Ehh lawak kah ini. Ehehe gugup tau ai bila dia kata camtu. ehehe. InsyALLAH kot saya tegar dan berusaha agar tak gugup sangat masa hari tu.

Paling penting, ini yang disampaikan olehnya. Benar kan? Lagi kita fikir, lagi kita serabut, tekanan perasaan la itu lah, ini lah, jadi buat slumber ja. Sampai masanya kita redah dengan penuh perasaan. Setel. kan? kikikikiki
 

Dan akhir sekali, dia tinggalkan saya dengan ini. 

Semua yang dikongsikan adalah ibarat permata permata yang disampaikan buat pedoman seorang adik yang bakal melangkah ke alam yang baru. Pada readers sekalian, doakan saya ya? Moga impian ini merupakan impian Syurga buat kedua dari kami yang mana perlu dilengkapkan separuh lagi darinya iaitu Takwa. Moga diberkati semuanya hendaknya. Amin

5 comments:

juicy X said...

sblm kawen suami kami pon pnah update status mcm tu. "laki ni cuma takut 2 bnda ja, tok mudim & tok kadi"

btl tu, kawen ni x semua indah. semua bergantung kpd kita mcmana nak handle~

Z@i Z@mR33 said...

fuh...byk sungguh pesanan utk bakal pengantin ni...moga nadh dpt tempuh masa akad nikah dgn jayanya...

Rozuan Ismail said...

nak kahwin ni kena dapatkan nasihat org yang dah kahwin. diorg byk pengalaman

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nasihat yang sangat baik..

;)

kiera'sakura said...

saya ambik itu sebagai pesanan jugak :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA