Followers

Sunday, 4 November 2012

Dia kirimkan kerinduanku

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

ALLAH kirimkan saya satu lagi kegembiraan hari ni. Saya sebak lagi. saya sebak lagi. Selepas dia kirimkan bantuan dari arah yang tidak saya fikirkan, satu lagi berlaku sebentar tadi.

Dapat panggilan dari seorang yang agak lama juga saya cari. Seorang cikgu yang dah lama benar saya tak jumpa, seorang cikgu yang sangat baik pada saya. Cikgu yang ntah la tatau saya nak khabarkan macam mana pada readers sekalian.

Dapat panggilan dari dia. Dia berterima kasih kepada saya. Saya terkejut tadi. Sangat terkejut sebenarnya. Dia ucap terima kasih. Terima kasih Nadzri sebab mencoret sesuatu tentang dia . Saya sangat blurr tadi. Kata dia satu hari tu suami dia suruh dia google nama dia sendiri. Pastu dia pun buat, dan dia jumpa entry yang saya penah buat untuk dia ni. Katanya lepas orang bawa entry ni, ramai lah yang mencari dia balik katanya. Kawan kawan lama semua lah. Katanya dari sini mereka jumpa dia. Dan dia berterima kasih sebab entry ini, yang mana berburuk sangka kepada dia selama ini berubah.

SubhanaALLAH. saya sangat terkejut juga. Sebab ini bukan kes pertama, tapi kes kedua orang yang saya bercakap tentang mereka berjumpa saya di alam maya. Sangat terkejut bila ada kes macam ni tau.

Masa tengah cakap tu kan, saya punya jari liar menekan hp saya tu, google juga apa yang saya coretkan tentang dia tu. Alih alih jumpa entry sendiri. Mana tak terkejut. Sebak pn ada juga. ahahaha. ALLAH sampaikan kerinduan saya kepada mereka dalam bentuk tu. Saya terharu sangat pasal tu. SubhanaALLAH. Benar kan katanya, bila kita nak sesuatu, kita berdoa. Dia makbulkan rupanya doa saya walaupun saya tak tahu pun menda tu. Terima Kasih ya ALLAH. Terima Kasih Ya ALLAH. Saya gembira sangat.

Last sebelum letak tu cikgu kata,
"Jangan lupa tau nanti bawa menantu jumpa mak num dua kamu. Kita jumpa la di mana mana nanti. CIkgu belanja . "

Saya cuma tersenyum. Dalam hati , puas sangat. Dia kirimkan kerinduanku rupanya. Alhamdulillah.. ~~ :)

2 comments:

kiera'sakura said...

Alhamdulilah :)

Mr. Straw said...

tak lama dah raja sehari kita ni..hahahha

Buta+Pekak+Bisu=CINTA