Followers

Thursday, 7 February 2013

Self Confidence

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Kalau semalam Abi sibuk dengan Ummi dan baby. Sampaikan abi terpaksa tinggalkan tempat kerja gara gara nak pergi jemput Ummi nun sejam setengah di Utara tanah air, hari ni abi datang Abi dapat cerita baru. Masa tengan asyik buat kerja tadi datang Sr Designer (SD) datang kat saya. 

Dia tanya ada tak Project Engineer (PE) depan saya tu mention apa apa dekat saya. Saya cakap tak la. then terus dia buka cerita. Katanya mereka akan sub-kan beberapa projek under saya selepas ini. Pastu dia cerita la dekat saya apa perancangan mereka kat saya. Kata mereka semua dah bincang dengan boss pun tentang menda ni dan kata mereka boss bersetuju. Salah satunya sebab dalam bulan tiga ini akan ada beberapa projek baru akan berjalan, jadinya engineer tu dah tak menang tangan, jadinya saya la kena sambut projek tu. 

Alhamdulillah, walaupun ianya projek yang hampir hampir nak MP (Mass Production) dah, tapi ianya satu langkah yang baik untuk permulaan saya. Dan bukan satu, saya akan terus handle dua projek. Alhamdulillah . Saya terima dengan hati yang terbuka. Happy juga sebab memang mengharap nak dapat cabaran macam ni. Cumanya saya sedikit takut la, well, kita kan baru sangat sangat dalam bidang ni, tak tahu banyak pun, saya takut nanti saya akan jadi macam engineer yang baru berhenti bulan lepas tu. Semua sebab pressure yang dahsyat. Apa pun saya yakin saya mampu. 

Kata SD tu, dia memang bercadang nak bagi saya projek ni, sebab dia tengok PE tu dah tak mampu nak handle projek tu plus katanya engineer tu tak berapa minat dengan projek tu jadinya dia tak peduli pun projek tu, jadi SD tu terus 'petik' nama saya untuk saya ambil alih. Dia mahu macam tu. Saya terima ja, cuma tadi saya dah pesan, "jangan harap banyak sangat dekat saya ya? Saya ni tak laju, nanti you kata apa plak, and jangan tinggal saya ya? sila beri tunjuk ajar dekat saya.." Tu pesan saya dekat dia. Well, langkah awal saya ini lah, jadikan diri bodo bangang supaya orang tak letak expectation tinggi sangat, jadi dari sana, saya akan ada ruang yang sangat luas untuk peningkatan, daripada buat bagus, lepas tu terkial kial dengan tindakan kita tu. 

Apa pun, saya baca ini satu permulaan yang baik untuk saya. Alhamdulillah..

Haa. tadi SD tu bawa saya pergi kat mesin untuk test mould, tapi sayangnya machine tu belum 'sihat' sepenuhnya. Maka nya, tak jadi dan disambung esok. Tapi kan, ada pesanan baik punya dari Senior Maintenance tadi kat saya. Terus ja SD kata, "tu dengar apa orang tua tu kata . " 

tahu apa dia kata? Katanya.. "Kerja ni, kita kena ada self confidence, kalau kita kata kita boleh, kita mesti boleh. Yakin dengan apa yang kita buat, the rest tu, kita fikir nanti. " 

betul kan katanya? Dia sampaikan pesanan tu selepas bercerita mengenai assistant dia satu masa dahulu, buat sesuatu mesti nak call dia tanya betul ka tak. Kemudian SD kata, "you tak percaya dia mah. Cuba you percaya kat dia." 

Dia balas "mana ada saya tak percaya dia. kalau tak percaya mesti tak bagi dia buat. Saya percaya dia. dia yang tak percaya diri sendiri. sebab tu tanya banyak kali. "

Pesanan baik buat kita. PERCAYA PADA DIRI ITU PENTING. !!


2 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bila sebut buat sesuatu mesti nk call dulu tu kami ada pengalaman macam tu...

tapi kami jenis fikir benda kecik2 yang kita boleh handle tak kan nak tanya juga?

so kami decide buat keputusan sendiri sebab kami ada kuasa nk buat keputusan dan hasilnya ada yang pertikai kami ni jenis memandai2 dan yang bersuara tu adalah org bawahan yang tahu komplain kerja org tapi keja sndiri tak reti nak buat..

kadang2 sakit hati gk...tapi lantak la nk ckp apa sbb kita tau kemampuan kita...

dan lagi malang, bila ada masalah pemangku bos (bukan bos sebenar) canang habis 1 opis kat daerah psl mslh yg timbul dari cuba nk tlg menyelesaikan...

kami dgn penyelaras dan kwn2 yg lain cuba usaha nk selesaikan mslh..bila dh selesai dan program berjaya, nama pemangku bos tu yg naik...penyelaras kami yg cuba sedaya upaya ni apa pn xda..apatah lg nk ucapkan terima kasih..

pastu pemangku bos hantar pekerja yang bermasalah yg dia tak boleh handle ke tmpat kami..kat opis kami ni kebanyakan org tunggu peluang nk tunggu tgk org jatuh....bagi depa semua benda tak betul, depa ja betul tapi tugas depa xjalan pon...

kalau kita minta tolong depa, depa kata kita mengarah...padahai kalo ikut jwtn kita lg tinggi cuma dibezakan status kontrak dan tetap..

itu lah cabaran di tempat keja kami yg buat kami down.... nasib baik ada kawan2 yang sentiasa bagi sokongan...

terima kasih kat ampa gak sebab amik berat..

insyaallah cuba yang termampu sebab kami tau tu la punca rezeki kami...

Rozuan Ismail said...

wah, yakin pada diri sendiri. InsyaAllah Nadh mampu buat

Buta+Pekak+Bisu=CINTA