Followers

Monday, 3 November 2014

05:47AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:47AM. 

Satu lagi minggu baru. Satu lagi permulaan baru. Diharapkan ALLAH berkati langkah perjalanan kita melindungi perjalanan kita meningkah setiap langkah tersasar juga menguatkan lagi iman di hati moga setip nafas kita berada dalam rahmat Nya. 

Minggu ni saya pulang ke Alor Setar. Selepas sahaja habis kerja, terus ke stesen bus untuk pulang ke sini. Dalam bus tu. Jari tak henti berfikir dan menaip. Tedia. Rasa dah beberapa entry semenjak dua menjak ni makan masa hampir satu jam untuk disiapkan. Nak tahu yang mana, cari la yang lain dari yang lain tu kan. Hihi. 

Sesampainya di stesen bus, saya tak senang duduk. Terus mendekati seorang kakak yang menjaga kiosk makanan bertanyakan jaket saya yang tertinggal tempoh hari. Jawapannya hampa. Apa boleh buat bukan. Bak kata ummi, redha ja lah. Bukan rezeki kita. Doakan la
dia bersama orang yang lebih berhak, yang lebih memerlukan. Berat tapi apa yang ummi katakan tu betul. Saya redha.

Selesai tu kami pulang. Dan petang harinya keluar sekejap untuk cari kedai merepair tab baby yang rosak yang mana end up dengan ummi belikan saya jaket baru. Alhamdulillah. Dia pun sedih upanya sebab dia juga suka yang itu. Tapi tak apalah. Yang baru ni dia juga yang pilihkan. Mana yang suami dia nak pakai. Bagi dia puas hati sebagaimana dia pilih kasut sukan saya tempoh hari. Saya juga rasa relieve sebab dia yang pilih. Lain rasanya bila kita dapat apa yang isteri suka. Kita yang jadi terlalu sayang dengn barang ni nanti.



Pastu alang alang dah sampai. Cover balik petang tadi tak dapat bawa dia main lelama dekat padang permainan. Sebabnya kat sana basah. Kami juga rasa tak selesa. Dengan kotornya lagi. Tahulah budak budak kan. Dengan kaki yang kotor naik gelongsor tu. Anak pula bila kita tarik dia. Masuk kereta, menangis kuat. Tapi syukurlah. Dia faham bila saya pujuk dia. Saya cakap "sayang, bukan abi taknak bawa awak pergi main di taman. Abi bawa kan sebab abi dah janji. Tapi hujan. Tempat tu kotor. Tengok tadi, awak pun bukan boleh main sangat pun kan?" Terus dia senyap. Faham gamaknya kan. Lega hati ni. Ha. 

Ahadnya, macam selalu. Jadi Abi fulltime la. Tapi hari ni tak seperti selalu. Pagi nya dia tidur dengan mudahnya. Dua jam dia tibai tidur. Tapi once bangun. Mengamuknya lain macam. Hampir setengah jam dia tibai menangis sampai teresak esak. Saya memang jadi kalut gila masa tu. Sangat risau. Apa plak yang ganggu Fateh Uwais saya ni. Saya call umminya. Suruh pujuk pun tak jalan. Akhir sekali cuba guna alternatif lain. Iaitu rumah mengasuh dia. Alhamdulillah. Walaupun mula tu memang langsung tak mahu. Akhirnya dia senyap dan ok. Syukur. Saya syak dia bermimpi ngeri gamaknya. Kemudian terbawa ke realiti. Aduu kesiannya Fateh uwais ku.

Tengah hari tu. Ummi yang ambil dia. Kemudian kami rehat dirumah. Cerianya dia masa balik tu. Melompat nampak saya. Masuk rumah pun main kejar kejar elok sahaja dengan saya. Kemudian sesama la dengan abi terkedang atas katil. Sampaikan nak pergi checkup pun lambat. Hihihihi

Petang. Sebab dah janji, macam biasa la. Ke padang permainan la kami. Dan sudah pasti tempat nya adalah Taman Jubli. Tapi petang ni hanya setengah jam dari 1 1/2 jam anak dapat main. Sebab nya elok nak sampai tempat tu ja dia dah tidur. Jadi nya saya lari sorang ja dekat sana. Dalam 4 round besar macam
Tu ummi call, katanya anak dah bangun. Cun cun saya sampai dekat garis mula iaitu dekat dengan mereka. Terus saya ambil keduanya. Bawa anak main di playground tu. Lepas tu bagi dia makan ikan. Alhamdulillah. Jadilah kan. Tak dapat lama. Sekejap pun dah sangat bersyukur. Terima kasih Ya ALLAH..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA