Followers

Wednesday, 26 November 2014

Bermain emosi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bermain emosi. 

Sedar tak sedar dah 1 tahun lebih putera sorang kami tu. Satu satu menda dia boleh. Satu per satu. Dari meniarap. Merangkak. Memanjat. Berjalan. Berlari. Sekarang sudah mula ringankan mulut nak bercakap. Walau takbanyak perkataan yang dia pandai sebut buat masa ni. Tapi banyak yang dia dah faham. Antaranya bila suruh dia ambil atau simpan barang. Dia akan buat. 

Satu lagi dah pandai bermain dengan emosi. Kalau dulu tu tak peduli dekat dia. Tak ada nya dia nak heran. Tapi sekarang ni. Kalau menangis tak pujuk. Panjang. Dah la bunyi macam kena pukul plak tu. Contoh kemarin dulu la. Masa saya nak mandi. Saja saya panggil ummi beri dia susu sebab saya nak mandi. Tak boleh nak temankan dia. At last. Sekali dengan saya sangkut dekat atas katil tu dengan bertuala nya. Sebab nak pujuk dia yanh menangis. Terus saya kata dekat Umminya. Hai jenuh la macam ni. Abi nak mandi pun tak boleh dah. Takkan sampai tak boleh tak nampak langsung kot? Umminya senyum ja. 

Cerita lain. Bila dia nampak satu benda dan dia nak menda tu. Dan dia tak dapat. Tu akan jadi salah satu sebab lagi untuk dia menangis. Tapi yang ni hal kecik ja. Senang nak pujuk. Either buat tak tahu atau ubah topik supaya dia terarah kat menda lain. Tapi saya paling suka memujuk. Macam hari tu. Dia menangis mak main di playground depan rumah. Tapi bila kami masuk kereta, tak bawa dia pergi sana. Dia mengamuk. Nangis. Saya angkat dia. Letak atas riba. Terangkan pada dia kami nak ke mana. Apa kami nak buat. Pastu dah tak menangis lagi. Faham la tu. 

Satu lagi. Bila dia duduk atas saya. Lepas tu ummi datang nak ambil. Dia akan pusing kepala dia. Tu satu la kan, bila siap dengan bunyi huh tak tahan tu. Tak cukup dengan tu, bibir munggil kecil tu tersenyum, seakan akan puas dapat menyakat umminya. Bukan sekali tapi berkali kali dia akan buat menda sama. Sampai last sekali ummi buat merajuk. Masa tu baru dia akan bangun pergi dekat ummi, lepas tu hug kekuat dan kiss Ummi. 
Camni la datang nya kat kita bila nak mmujuk tu. Sapa tak geram?? 

Hai.. Pandai ambil hati ya awk ni....

2 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
anak lelaki bagus rapat dengan ayah
macam anak akak jugak :)

Kira Sakura said...

kannn sakit pulak hati kita dia memainkan hati kita ini

:p

Buta+Pekak+Bisu=CINTA