Followers

Saturday, 15 November 2014

18:55

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Awal entry Diari Abi minggu ni. Selalu pagi Isnin keluar hari ni petang Sabtu dah keluar. 

Alkisahnya hari ni kena minta diri awal dai tatapan kedua Ummi dan baby sorang tu. Kerana esok saya ada Penang Bridge Run. Hari ni pun tak spend time banyak dengan keduanya. Balik kerja dah pukul 1 lebih. Terus gerak ke stesen bus tinggal moto saya di sana. Ummi datang jemput dah jam 2. Dari nak balik ke rumah terus Ummi request nak pergi cari tudung dia. Lepas tu dah melarat pula tengok kasit anak. 

Jam 3 baru sampai rumah. Bersiap. Makan tengah hari. Solat. Jam 4 macam tu tak silap baru gerak. Sampai rumah jam 5:15 macam tu. Anak mula buat perangai. Tak tahu kenapa. Mungkin x cukup tidur. Mungkin juga lapar. Bagi makan kemudian 5:50 keluar rumah. Niat nak bawa dia main sekejap di playground area Menara Alor Setar tu. 15 min sahaja sempat. Jam 6:30 dah gerak ke Shahab Perdana. Beli makanan untuk Ummi malam ni dah kena gerak balik sebab bus gerak jam 6:50. Elok cun saya patah balik dari hantar Ummi dan anak ke kereta. 

Tak seronok pun nak pisah ni. Ummi muka dah berubah. Tu Ummi. Anak belum kira lagi. Xnak lepas saya. Kepala lekat dekat cermin kereta memerhati Abi yang nak tinggalkan dia petang ni. Muka kelat. Tak mahu tengok sangat. Tak boleg letak. 

Hurmmm... Sedihnya. Jangan la macam ni sayang. Betoi la kata Ummi tu. Jangan la macam tu. Satgi x jadi plak abi nak p lari.

:"((

1 comment:

uncle gedek said...

muka kelat?

tunjuk la gambar satu!

haha

Buta+Pekak+Bisu=CINTA