Followers

Tuesday, 18 November 2014

18-Nov-2014

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuknya tidak tapi kekadang tak mampu nak buat apa apa in between. Dari pagi sampai ke petang, kekadang bersyukur juga tak ada banyak menda yang perlu diselesaikan, tapi kadang kala tertanya juga la, apa nak buat, sampaikan kekadang bila ada apa apa yang nak dibuat, sengaja dilengahkan agar sampai ke petang ada sesuatu nak di buat, dari duduk saja, sambil menengok gadget depan mata, atau berbual bual kosong dengan rakan sekerja.

Ada juga sekali tanya dekat rakan sekerja, "ada apa apa bagi i ya, i tak ada apa nak dibuat.", terus dipotongnya kata kata tadi dengan menjawab, "u jangan oo, ini saya punya pantang tau, dulu pernah cakap macam tu la, sekali mai kerja, sampai tak menang tangan..jangan ooo..". Senyum seketika saya, baiknya hati awak pesan dekat saya macam.

Lepas tu mula tanya kiri dan kanan, ada apa apa yang nak dibuat tak? Jawapannya tak ada. Sebab kalau ada dah pasti mereka akan pusing dan berikan saya sesuatu untuk saya assist. Macam hari ni, ada menda nak buat, saya tumpu ja buat perkara tu, alhamdulillah, rasa terisi masa yang ada tu dengan aktiviti. Syukur nya rasa.

Apa pun, sememangnya ALLAH sedang mengaturkan sesuatu. Hari ni tak ada, mungkin esk ada, lusa ada, terima apa juga yang diberikan, dan cuba manfaatkan tiap apa yang ada tu, untuk ke jalan NYA.

Sesungguhnya solatku,dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, adalah kerana ALLAH.. Tuhan Semesta Alam.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA