Followers

Sunday, 2 November 2014

Demam lagi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Minggu lepas, dalam hari selasa macam tu. Masa tu saya tengah minum minum lepas habis jog. Tiba tiba Ummi call. "Abg, anak demam, badan panas tiba tiba.". Mula tu saya ok saja, risau juga sebab dia jarang demam, da bila demam selalu mesti beberapa hari. Tapi tak apalah kot. 

Tak lama lepas tu ummi call lagi. Katanya badan anak terketar. Aduu punyalah saya risau. Terus saya minta dia bawa anak ke klinik. Masa tu hujan lebat katanya. Risaunya jangan kata. Saya cuma msmpu masa ni tenangan isteri sahaja sebab dia dalam situasi, kalau saya pun rabak macam mana dia nak kuat kan? Maka nya terpaksa, kuatkan dia. Suruh dia elok elok dan kalau boleh minta bantuan mak mengasuh FatehUwais temankan. Alhamdulillah. Orang tu tak banyak masalah. Temankan aja. 

Malam tu katanya anak tak berapa lena tidur. Merap sahaja kerjanya. Sekejap sekejap jaga. Sekejap sekejap jaga lepas tu menangis. Sampailah ke pagi. Waktu saya bangun subuh, isteri minta saya datang. Saya pun memang ada plan nak datang. Tengok sendiri kan. Mana tahu rindu kerana tak jumpa abi lama kan. Saya pun gerak. 

Sesampainya kat sana. Anak tengok muka saya. Senyum. Tapi senyum tawar ja. Muka tu nampak. Tak sihat. Badan masih panas masa awal saya angkat dia tu. Tapi yang manisnya dia. Bila kita minta senyum, dia masih senyum. Dengan muka tak sihat. Tubuh yang tak larat tu. Masih ingin hadiahkan satu senyuman sampai tak nampak mata tu dekat saya. 

Sampai rumah pun dia tak banyak main. Senyap ja. Kekadang menangis. Letak atas badan atas riba ka. Senyap la. Memang merap sikit la tak macam selalu. Jalan pun kalau tersasung kaki. Tak jatuh pun menangis. Saya rasa badan tak larat sangat ni. Kesiannya yayang kecil saya ni. Petang nya. Saya sengaja bawa dia main dekat playground depan rumah. Saja nak bagi dia ambil angin luar. Seronok nampak dia. Mana tidaknya dah abi layan kan. Dok asyik dengan gelongsor dia la apa lagi. 

Malam nya dia juga masih lagi merap. Menangis kadang kadang kata isteri. Saya tak sedar apa. Sebelum tidur tadi saya check tubuh dia dah ada surut panas ya. Tapi rupanya malam dia panas balik. Kata isteri sengaja dia yak kejutkan saya. Nampak saya sangat letih. Aduh kesiannya isteri. Dah la pagi nak kerja lagi. Saya ni ambil juga cuti emergency dua hari sebab nak jaga anak. Balik kilang tu. Ramai yang tanya bagaimana anak. Alhamdulillah. Ramai yang ambil berat rupanya.

Pagi lepas isteri pergi kerja. Sengaja saya biarkan dia main diluar rumah. Alang alang ruang depan kosong. Punyalah seronok dia main. Ni ha bukti kat bawah. 

Bila masuk rumah lepas tu. Mula la merengek balik. Rupanya dia mengantuk. Tahu apa yang best pagi ni. 3 round dia tidur hari ni. Punya la lega saya. Bukan apa. Kita tahu badan dia tak ok. Jadi bila dia dapat tidur. Memang kan improve kesihatan dia sikit. Syukur sangat lagi bila menjelang petang. Tubuh ok. Suhu pun dah turun. Dah tak demam lagi. Alhamdulillah. Sihat dah yayang kecil saya. Walaupun dah tak demam, tapi masih tak larat dan fully recovered tapi masih syukur. Sebab da bertambah baik. Terima kasih Ya ALLAH!!

1 comment:

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
budak2 bawah 2 thn memang akan kerap demam
jangan risau juz pantau suhu
pastikan sentiasa wat sponging tau untuk turunkan suhu
moga Allah rahmati & berikan kesihatan pada uwais AMIN

Buta+Pekak+Bisu=CINTA