Followers

Sunday, 16 November 2014

Abi's First Bridge Run

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam saya dah cerita saya pulang awal untuk bridge run kan? Hari ni awal saya dah bangun. 5 lebih kot dah bangun. Turun mandi dan bersiap. Walaupun semua dah tersedia awal awal di malam hari lambat juga siapnya. Satu satu buat. Jam 615 macam tu dah turun. Tapi lambat juga gerak nya. Dah nak keluar. Mula tu tertinggal kasut kat atas. Naik balik. Lepas tu dah nak gerak. Tinggal duit tol plak dah. Naik lagi sekali. Dalam hati dah niat. Ada yang tinggal lagi takmau patah balik dah. Hihihi

Masa gerak tu moto plak macam buat hal. Lampu tetiba malap. Pastu signal tak boleh guna. Lagi meter minyak pun turun padahal dah isi minyak semalam. Tapi redah jugak la sebab dah macam lambat.  15 minit ja dah sampai dekat pulau. Jalan agak jam. Untung naik motor. Mana nampak sempoi boleh park ja. Ehe. Elok sampai tu call la sorang sorang. Tudiaaa line sangat teruk. Payah betul nak lepas call. Sakit hati kita. Last tu berjaya juga call. Sonoknya dapat dengar suara kesayangan berdua sebelum lari. Jadikan semangat kan? 

Pastu jam 730 macam tu dia lepas laki laki lari. Aduuuu sesak sungguh. Rasa tak selesa pun nak lari. Sangkut. Nak gerak sana nak gerak sini susah. Rasa banyak tenaga habis sebab langgar orang dan mengelak dari orang ja. Tak macam lari selalu tu. Selesa. Rasa cam nak jerit ja. Kenderaan berat dok kiri. Kanan untuk memotong ja tahu?? Grrrr

Macam saya cakap. Sangkut sangkut memang buat letih. Masa dah dalam 7km lari dah penat sangat rasa. Berhenti jalan juga la. Sampai jumpa air, baru sambung balik sampai garis penamat. Rasa perlahan geraknya hari ni. Tak puas hati rasa. Tapi alhamdulillah la. Sampai digarisan penamat dalam masa yang ditetapkan tu. Ingat awal 10 min kot sebelum masa habis. Syukurlah. Selesai juga. 

Bila dah sampai garisan penamat cuba juga nak hubungi kawan kawan. Kot kot la dapat jumpa kan. Tapi know what, line memang hampeh gila. Bukan tu sahaja, lepas saya restart telefon, dua kali kot. Dok searching searching tak jumpa jumpa. Shame on you la selkom. Elok tukar nama la jadi SucksCom. X reliable langsung. Geram sungguh saya. Tambah sakit hati. Balik rumah pun line teruk juga. Geramnya rasa. Bila la nak improve taktau. Bayar untuk dapat service macam ni ka??? Sadis!


Kali ni saya cakap kat Ummi. Ni Ummi punya plak. Hari tu juara futsal untuk baby, kali ni hadiah untuk Ummi plak la. Lari penat penat ni. Pingat ni. Hadiah Ummi plak. 

Kata dekat Ummi nya. Tahun depan nak p lagi. Kata nya masuk la. 

Syukur. Seronok rasa dapat orang yang support apa sahaja yang saya buat. Tak pernah walau sedikit pun halang, atau bagi apa apa komen negatif dalam apa pun yang saya usahakan. Malah sedaya mungkin support yang saya tak pernah idamkan. Tu tu hat kaler oren tu, dia yang hadiahkan sebagai satu pedorong kat saya. Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH! Kirimkan saya bidadari in advance. Dan saya akan pastikan saya layan dia sebaiknya. Selagi ada hayat. Lindung dia selagi ada kudrat. Hargai dia selagi mampu. Amin.!

1 comment:

Kira Sakura said...

Alhamdulilah tahniah yayang. takpe taun ni dah tau macam mana 'caranya' taun depan boleh improve ye dak ;)

love you sangat ;))))))

Buta+Pekak+Bisu=CINTA