Followers

Thursday, 6 November 2014

Menda baru pengubat hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu ni minggu yang pelik bagi saya. Entah kenapa, dari hari Isnin rasa tak sedap hati, dari pagi membawa ke petang, sampai ke hari ni dah hari Khamis. Hari ni, dek kerana tak rasa hati best, saya batalkan trip dengan kawan kawan ke Cameron Highland tu. Tak rasa langsung nak pergi. Kemudian, bila dah batalkan, entah, hati rasa lega, tapi rasa pun tak berapa seronok juga. Terasa rasa ada menda yang tak best disitu.

Satu nya, bila saya mula declare saya tarik diri, terasa satu makhluk tu macam tak syok. lepas tu muncul yang kedua. bunyi seakan akan menyindir saya. Last sekali masa balik kerja, makhluk yang ketiga pula, selalu tu kalau balik nampak saya kat depan pintu, mesti angkat tangan, tapi hari ni meluru laju semacam.

Saya pun malas nak komen lebih la. Dah tak terasa kan. nak buat macam mana. sampaikan Puan Isteri pun rasa pelik. siap nak suruh saya pergi jugak jugak sebab dia nak balik kampung. last tu saya da naik temperature, terus diam. Malam ni plak lain ceritanya. Sengaja saya post dalam group nak memulakan perbualan, langsung tak ada respon dari sesapa kecuali seorang amoi tu yang sama macam saya. kami berbual dalam group tu sampai akhirnya dia PM saya kat tempat lain, katanya kita bual di tempat ni la, depa macam dah tak syok kita ja.

Mungkin la kot kan? ada la tu yang terasa ka apa ka tu. Mula tu rasa nak amek tahu, tapi malas lah nak ambil port. Doa ja la depa selamat p dan balik.

Ohh ya, minggu ni ada juga sesuatu yang baru berlaku. Tahu apa dia? saya akhirnya dapat juga kenal dengan bahasa mandarin. syukurlah. ALLAH nak bagi juga tu sesuatu nak ubat hati yang lara ni kan? dia bagi sesuatu yang boleh nak distract saya. Alhamdulillah, rasa gembira sangat dengan menda baru yang saya dapat ni. InsyALLAH akan berusaha lebih untuk lebih memahami. cepat cepat faham, cepat cepat boleh guna. tak apa, dah ada sparring partner dah. dia dah commit nak berbual dengan saya nanti. yayyyyy~~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA