Followers

Thursday, 13 November 2014

300-3000-Yakin!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang dari kelas Bahasa Mandarin yang saya join minggu lepas. Ini minggu kedua kami di kelas bahasa ni. Semakin menarik, bila ada makin banyak perkataan baru yang dapat belajar, selain hari ni cikgu suruh ulang balik nota minggu lepas, dia nak kami 'master' cara menyebut nya. Alhamdulillah, walau rasa berbelit lidah tu, tapi takkan sesekali kami putus asa. Macam saya sebutkan pada sahabat saya tadi, insyALLAH, kita akan usaha, dan belajar, moga moga satu hari nanti kita bisa gunakan bahasa ni sebagai bahasa sembang kopi kita dekat kedai kopi. *penuh bersemangat*

Masa dok sembang tadi dia ada share sesuatu dengan saya, mengenai kisah seorang Ustaz yang agak top jugak la. Dia cerita kisah Ustaz tu masa mula mula dia kenal bahasa Arab, masa mula mula nak belajar dulu. masa tu umur pun lebih kurang umur kami katanya. Cara dia, dia hafal 300 perkataan arab, lepas tu dah boleh, dia hafal lagi jadi 3000 perkataan arab. bila dah pandai, baru dia belajar nahu bahasa, macam past tense- present tense bahasa arab tu pula.

Bila dengar tu kata sahabat, masa orang tu share dekat dia, dia terus teringat kelas kami. Ya, kami akan berusaha, mesti berusaha, dan mesti berjaya.

Tak ada yang mustahil dalam dunia. Asalkan hati kata mahu, mesti boleh!

Yakin!

ALLAH pun dah janji kan? "Tak aku ubah kamu melainkan kamu yang ubah"

Apa nak takut? Dia dah janji kot... :D

2 comments:

Kira Sakura said...

semoga berjaya yayang. dan moga dipermudah amin amin

Nurzakiah Hanum said...

salam singgah moning

Buta+Pekak+Bisu=CINTA