Followers

Saturday, 1 November 2014

Bus kehidupan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Jam 1:55 petang. Atas bus Transnasional menghala ke Alor Setar, jangkaan bergerak jam dua, bermakna lagi lima minit untuk bus bergerak menuju lokasi yang dituju. Dalam bus sambil dok termenung tu terfikir sesuatu yang rasa saya mungkin boleh juga kita tenung tenung renung renung sebentar. Moga ada manfaat nya. 

Bus dan tujuan. 

Bila sebut naik bus ja mesti dah tahu yang kita sememang nya tertakluk kepada driver. Kemana hala tuju nya, kemana perginya, dan dalam segala hal adalah berkaitan adalah dia. Katakanlah dia bawa macam setan, tak jaga keselamatan, sudah pasti yang dapat panggu nya kita, yang mana hanya menurut sahaja didalam bus tu. Dalam hidup kita, ada ketikanya didalam kita menempuh jalan harian kita, kita juga seperti driver. Jadi sudah semestinya kita ada penumpang. Bayangkan kita sebagai 'pemandu' telah salah jalan, telah memandu dengan tidak berhati hati, pasti penumpang juga dapat balasan nya. Mana tidaknya, bila eksiden dia tak pilih kerusi mana nak kena, tapi semua yang ada bakal terlibat. 

Kedua. Waktu memandu, katakan la sesuatu datang dihadapan kita, ianya akan melanggar kita, adakah kita bakalan membiarkan ia merempuh kita, dah pasti kita akan ubah haluan supaya yang dilanggar bukan kita, mesti kita nak selamatkan diri kita dahulu kan? Jadi waktu rempuhan tu, mungkin kena la kat tempat lain, bahagian tepi bus ka, belakang ka, mungkin di mana mana sahaja. Dipendekkan cerita, kita akan selamatkan diri kita dahulu baru kenangkan orang dibelakang kita. Soalnya didalam hidup, bukankah kita punya amanah? Sejauh mana kita menjadi 'pemandu' yang beramanah? Adakah kita akan terus terusan menolak amanah yang kita pegang untuk diri kita? Ada ketikanya kita perlu fikir bagaimana menyelamatkan amanah kita, baru kita fikirkan diri kita. Pernah dengar tak orang cakap "nasib la driver mati, kalau tak jenuh nak menjawab nanti". Sama situasi nya. Kita pilih meninggalkan amanah untuk diri, tapi sebenarnya lepas apa pun yang berlaku kita pasti akan disoal untuk apa yang berlaku. Mungkin kata disini terlepas, tapi di sana nanti, tak ada satu bahagian tubuh pun yang akan berdiam diri, malah menjadi saksi kuat yang mengaku tiap salahnya perlakuan diri ketika didunia.

Lagi, bila kita dalam bus ni, kita pun tak boleh nak suka suki ikut kepala kita, contoh, jalan jammed, boleh ka kita nak arah driver ikut jalan shortcut ka, sudah pasti tidak kan? Sama lah didalam hidup. Ada ketikanya kita punya pilihan pilihan yang banyak, lebih lebih lagi pilihan yang kita suka. tapi ada ketikanya kita perlu mengikut sahaja pilihan yang dah ditetapkan. Dan dalam konteks kisah ini suka saya nak ambil bus dan driver sebagai satu satunya pilihan yang ada. Tempat tujuan itu syurga yang abadi. Bus sebagai salah satu jalan nak menuju ke sana. Dan driver sebagai penunjuk jalan ke sana. Kita tak boleh nak tunjuk lain walau mampu tapi ambil dan ikut sahaja. 

Begitulah dalam berbuat keputusan juga. Kita rasa best dah apa kita pilih, tapi kita tak tahu kan sama ada kita dah pilih sesuatu yang salah. Macam juga dalam bus ni. Kita suruh driver ubah haluan. Tapi kita lupa, dan terabai jalan atau haluan penumpang yang lain. Bayangkan dalam driver mengikut kita, ada penumpang lain ingin turun di tempat lain, bukankah dalam kita seronok memilih kita dah susahkan penumpang lain yang sebenarnya menuju ke tempat lain? Nampak kan bagaimana sikap mementingkan diri kita tu dah effect jalan orang lain? 

Point lain. Sebagai penumpang. Adakah kita mampu didalam satu bus, yang dah ada tempat tujunya tiba tiba melompat ke bus lain dan memaksa dia mengikut jalan kita? Tidak mungkin bukan. Setiap satu bus sudah ada jalan jalan yang dah pun ditentukan buatnya. Tak mungkin tiba tiba kita hi-jack bus lain lepas tu paksa dia ikut kita kan? Sama dengan hidup kita, tak mungkin kita buat sesuatu dengan mengubah jalan yang dah ditentukan tu. Sewajarnya kita mengikut haluan yang sudah diberikan. Tak mungkin kita kacau laluan bus lain tu, hanya sebab nak ikt kepala kita. Betul tak?

Akhir sebelum menutup bebelan saya petang petang ni. Suka saya ingatkan diri saya juga yang membaca bahawa jalan mana pun yang dituju, keputusan apapun yang dibuat, pilihan apapun yang diambil, tak ada jalan lain yang kita ada melainkan pulang ke jalan yang dah ditetapkan. 

"Inna solati, wanusuki, wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin. "

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. 

Selagi mana Dia menjadi satu satu tempat teratas dalam hati, jangankan  sebagai driver, sebagai apa pun kita di muka bumi ni, pasti tak akan tersasar. 

"Selagi TuhanMu ada, takkan engkau tercela"


Abi Uwais
14:42 
Sungai Petani

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA