Followers

Friday, 28 November 2014

Jauh hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Khamis akhirnya. Seronok tak terhingga. Sebab minggu ni tak perlu tunggu sampai jumaat untuk jumpa kedua bush hati saya. Saya balik duduk tak lama dah sampai keduanya. Perkara pertama saya buat selepas buka pintu adalah kiss driver kereta. Tanpa dia yang 'sanggup' mungkin tak berasa saya nak jumpa keduanya seawal ini. Terima kasih kepada nya. 

Selesai saya beri hadiah pada yang besar, yang kecil pun hulur tangan dekat saya. Menjerit jerit dia seronok kena agah dengan saya. Dari jauh memang tengah tunggu kata umminya, tapi kekonon menyorok la belakang kerusi tu, nak kejutkan saya. Saya ambil dan cium dia. Kemudian hantar masuk rumah sebab saya nak angkat barang. 

Bila dah jumpa saya. Pepaham saja lah. Ibarat bayang bayang yang nak ada bersama si pemilik bayang. Langsung tak pernah lekang. Bila hilang dari mata mesti nak kejar atau paling senang nangis supaya saya datang dan dukung dia.

Malam ni sedikit buas. Aktif tu macam biasa cuma hari ni dia panjat tempat yang tak pernah panjat. Iaitu atas alas tangan sofa. Bayangkan la punya tinggi dia berdiri dan lepas tangan. Mula tu saya layan. Tapi dia bila dah boleh sekali, dengan gagahnya nak ulang ulang. 

Sebagai abi yang garang terlepas la cakap. TERmarah dia. Apa lagi. Nangis bukan main. Teruk juga nangisnya. Sampai nak termuntah. Serius teruk dia nangis. Wan dengan Tokma pujuk pun tak jalan. Saya ambil peluk. Terus diam. Air mata jangan cakap . Merambu rambu. Saya lap air mata kemudian terang kenapa dia kena marah. Dan dia pun ok. 

Ummi lepas tu baru datang. Ummi cakap jauh hati la gamaknya tu. Dah la baru jumpa. Dah kena marah. Sedih la tu. 

Hai la anak.. Kita kena belajar yang salah tetap salah. Dan kita kena betulkan bila salah. Sebab kalau tak dibetulkan satu hari nanti awak akan ingat apa yang awak buat semua betul. 

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala sedihnya muka dia

Kira Sakura said...

abi buli yayanggggggggggggg

Buta+Pekak+Bisu=CINTA