Followers

Tuesday, 6 December 2011

Tips Agar Selalu Dicintai

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
 
Di dalam hidup sering kali kita ingin dicintai oleh orang lain, pasangan hidup kita, saudara, kerabat, teman sepejabat, sang buah hati kita dan juga tetangga dimana kita tinggal. Rasulullah memberikan satu tip agar kita dicintai oleh orang lain sebagaimana Sabda beliau, 
"Kalian disenangi oleh manusia bukan karena harta kalian melainkan karena wajah yang ceria dan akhlak yang mulia." (HR. al-Baazar)

Katakan satu hari, kita muncul dengan muka yang sememeh, waktu mereka sedang sedih, kepala otak fikir yang bukan-bukan, muka kita turut buat mereka berasa tak selesa, mungkin bertambah sedih. Tapi seandainya kita ceria, bukankah mereka akan turut terpanggil untuk berasa ceria. Macam orang selalu kata, senyum tu virus paling dahsyat. Satu senyum semua pun senyum.

Wajah yang ceria dan akhlak yang mulia itulah kunci agar kita dicintai oleh orang lain bahkan juga oleh Allah dan RasulNya. Pernah Nabi Muhamad ditanya, ''Ya Rasululullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah?' Beliau menjawab, 'Yang paling baik akhlaknya.'' (HR. al-Tirmidzi). 

Macam Nadh baca semalam, ALLAH itulah sumber segala kebaikan, dan DIA mencintai kebaikan. Jadi untuk jadi terbaik dan disukai oleh hamba-hambanya, kita kenalah baik dulu dengan ALLAH. Kemudian barulah yang berada di samping turut akan mencintai kita. Macam yang kita belajar dari kisah Rasulullah dulu, bagaimana dia senantiasa bersangka baik, walaupun dengan orang yang melayannya macam musuh. Diterjemahkan melalui perbuatan kita, tuba yang dibalas susu satu hari nanti bakal pulangkan kita dengan kebaikan.

Dan Nabi juga bersabda, "Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya." (HR. al-Tirmidzi).

Jadi, kuncinya agar kita dicintai adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia.

"Senyum, tak perlu kata apa-apa. :D" by GempakGile

14 comments:

putERi-kAtEk said...

=) saya dh senyum....

cintailah saya!!!


hahahahahahaa

azwa amani said...

selalu irg cakap, muka cantik mesti ramai org ske... huhuhuhu.. :)

Miss Nadya said...

nad bookmark entry ni..yeah..:)

p/s :: betul tu nadh..geram..grr...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ye..ceria..demam ke, sakit ke..kena ceria dan senyum.br org lain bahagia melihat kita

hira said...

thank you for sharing this :)

Anum said...

good tips

mas saari said...

cintailah Allah SWT dengan sepenuh hati agar anda juga layak dicintai...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ha'ah kan biarkanlah ceria mewarnai hidup walaupun banyak cerita sedih, cerita buat kita marah, cerita buat kita tak happy:)) cerialah ceria ceria!!!

kiera'sakura said...

saya mmg suka senyum :D *eh tue sengeh, hihihihi

aizamia3 said...

betul.. bila muka masam orang nak tegur pun tak berani..

AmirFX said...

:D

Cik Pulau said...

betol..ceriaa....
tapi bila kita dalam masalah.
kita xmampu nak ceria.
seceria mana pun kita..
akan tetap bezanya dengan ceria gembira dan ceria terpaksa..^^,

Iffah Afeefah said...

patotla nadh dsayangi hehe

oli-go said...

senyum sebab tgk gamba hamster yang gumokk tu..comel sgt..hahahhhhahaa

Buta+Pekak+Bisu=CINTA