Followers

Sunday, 29 January 2012

Tips Menjauh Bosan Dalam Perhubungan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ntah kenapa ye, pagi ni Nadh terasa nak berkongsi buah fikiran Nadh. Mengenai sesuatu yang rasanya kan penting dalam satu perhubungan.

Dari pembacaan, perpisahan bermula dengan perkataan ini iaitu BOSAN. Percaya atau tidak, semua ada merasa perasaan ini, kekadang tu bila dah lama mula lah, timbul rasa ni. Menda paling kecil pun boleh cetuskan ketidakgembiraan.

Berikut beberapa tips lari dari perkataan BOSAN dalam perhubungan.

1. Wujudkan perubahan.
Yang dimaksudkan adalah lari dari kebiasaan. Kata orang hari-hari dah makan ikan, apa kata tukar selera makan ayam pula. Bukan tukar pasangan ye macam sesetengah orang faham. ;)

2. Abai.
Cuba abaikan perasaan itu. Buang jauh-jauh. Kita pun tahu kan, hati itu kekadang dengan rasa yang berbolak balik mudah menjadi permainan syaitan untuk buat kita rasa ragu-ragu. Dicucuk pula untuk makin hebat rasa itu. Jadi kena la jauhkan.

3. Mendekat.
Salah satu bila bosan kita menjauh. Oleh itu kita ambil perkara berlawan. Dekatkan diri dengannya. Bila dah dekat, hati makin sayang. Bukankah dari mata jatuh ke hati?

4. Imbas kembali kenangan.
Dahulu, kentut pun bau kalah sejambak bunga ros, kenapa kini tidak semanis itu? Imbau kembali kenangan indah bersamanya. Paling manis bila dibuat bersama, ambil masa berdua sebelum tidur ka, jenguk-jenguk album kahwin tu, sama-sama bercerita tentang masa tu. Best tak?

5. Jadi luar biasa.
Yang dimaksudkan dengan luar biasa ni, kita belajar jadi yang lebih baik setiap masa. Percaya atau tidak, menjadi lebih baik ni tidak mudah, sebab tu Nadh kata luar biasa. Orang yang TERBAIK sapa yang sanggup tinggal kan?

6. Buat dia jatuh cinta sekali lagi.
Ingat tak satu masa dahulu apa yang istimewanya kita pada pandangannya? Apa kata kita pikat dia sekali lagi? Suwwitttttnya bila dapat dimulakan kembali perasaan tu. Buat dia jatuh cinta sekali lagi. Bukankah rasa itu yang buat kamu bersama kini?

Apa pun, Nadh paling suka nak tekankan. Menjadi Hamba ALLAH yang paling dekat dengan ALLAH itulah yang paling bagus. Sebab hamba ALLAH yang taat pada suruhan itu buat dia jadi lebih bertanggungjawab, kalau yang paling susah, solat boleh jaga, nk jaga yang lain tu pasti mudah. bukankah solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?

Banyak, tapi biar ini yang jadi perkongsian kita tengah hari ni. Moga-moga bermanfaat ye.
Published with Blogger-droid v1.6.9

10 comments:

Miss Nadya said...

nadh.sangat bagus untuk tip ni..:)

Iffah Afeefah said...

buat die jatuh cinta lagi

ai like lelaju

wat cerpen lg jommmmm hahaha

kiera'sakura said...

semoga xde perkataan BOSAN tue bila dah ada family sndiri nanti...

Eza Boom Boom said...

sangat bermanfaat nadh. Kadang-kadang perhubungan ni boleh jadi hambar bila wujudnya salah faham. Banyak cara boleh buat, minta nasihat bestfren ke or apa2 je la. :)

sekadar memberi pandangan.

mas saari said...

pendapat akak, kalau perhubungan tak halal memang cepat bosan! tapi kalau halal tak pernah bosan pun..

tomatokering :) said...

weeewitttttt abam nadh :P

Cik Chenta said...

^_^ thanks for this entry!

msredcheesecake said...

Kita usaha... Jgn layan rasa bosan tu...

padlie said...

Bosan bila kita buat sesuatu secara rutin.. Nak elak bosan, sentiasa segarkan hubungan dengan perkara baru..

Hanif Bloglist Blog said...

Aku nak berubah!!!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA