Followers

Saturday, 18 February 2012

Tips | Menyemai Perubahan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam ada kawan tegur Nadh, 
"Ang ni memang ganas la ang boleh buat dia sampai jadi macam ni. " 

Nadh senyum saja. Tak kata apa. Kalau nak diikutkan, apa yang berlaku, yang jadi, yang dilihat di pandangan mata orang tu bukan apa yang Nadh buat pn, tapi adalah rahmat ALLAH yakni nur yang dititipkan dalam hati sahabat Nadh sorang tu. Nadh tak buat apa-apa pun, serious. Nadh mungkin jadi speaker besar yang buat dia semak kepala, kemudian layankan je apa yang Nadh nak tu kan, dan akhirnya, dia sendiri buat menda tu dengan hati yang ikhlas. Dan yang menarik nya, buat Nadh rasa sangat gembira, bila dia pn sama-sama ingatkan Nadh nak buat.

Oleh itu, dalam entry kali ni, Nadh nak kongsikan beberapa perkara yang boleh diaplikasikan dalam mendidik, rasa macam tak sesuai kan, dalam sama-sama saling memperbetul diri yang tak berapa nak betul ni. Moga-moga bermanfaat pada semua.

1. Inspirasi - Dalam mendidik ni kita kena menjadi aspirasi mereka yang sedang kita cuba untuk ubah ni. Perubahan itu bukan mudah, sebab itu kita kena jadi aspirasi mereka. Oleh itu, kita kenalah jadi ketam yang berjalan betul, baru betulkan anak ketam yang berjalan serong. Apa yang Nadh tekankan kat sini adalah, MENJADI CONTOH YANG BAIK.

2. Semangat - Membuat sesuatu itu tidak semudah yang kita sangka kalau kita tak berasa nak buat, jadi , kita kenalah jadi semangat mereka untuk buat. Seperti contoh, nak mengajak orang habiskan makanan, kita pun kena la sama-sama dengan dia, menemani dia makan kan? Begitulah hidup, manusia yang berkumpulan ini selalu lebih kuat, berbanding yang berseorangan, sebab nya? Sentiasa ada orang nak bimbing semangat mereka , bakar semangat mereka untuk berusaha lebih.

3. Mendalami - Ini elemen yang Nadh aplikasikan dalam berusaha. Nadh akan lebih dahulu mendalami situasi sebelum bermula. Sebabnya Nadh tak suka nak mintak sesuatu yang orang tak suka. Jadi, Nadh akan kaji dulu apa yang Nadh sedang hadapi ni, kemudian barulah Nadh fikirkan kaedahnya. Ada ketikanya kan, dalam menegur kita suka nak wat cara perlahan, dan ada ketikanya kita kena keras sedikit, jadi Nadh bila dah kenal dengan situasi semasa orang tu, mudah Nadh nak kawal volumenya. 

4. Dorong - Ini pun penting. Kita tak suruh mereka, tapi kita dorong mereka nak buat. Nadh suka guna cara ini, Kalau suruh, susah sikit orang nak buat, tapi kalau kita dorong, kita pun buat sama-sama, mesti dia lagi semangat nak buat kan?

5. PAKSA - Opss. bukan seperti apa yang readers faham ye. Ini apa yang Nadh guna. Macam Nadh kata tadi bab dorong, mendalami, semangat dan contoh. Nadh gunakan ini sebagai penyatuan kepada empat elemen atas tadi. Nadh akan jadi contoh, kemudian bila ada peluang, mendalami, kemudian dah tahu situasi Nadh akan mendorong, memberi semangat. Dan Nadh suka nak guna PAKSA . Selalunya Nadh akan buat mereka berjanji dengan Nadh nak buat kemudian Nadh PAKSA sebab mereka dah berjanji. Dan hasilnya memang berkesan. Akhirnya Nadh berjaya.

6. DOA - Terakhir sekali, berdoalah. ALLAH kata, mintalah, dan aku akan makbulkan permintaanmu, bermakna dia akan beri juga satu masa nanti, oleh itu, puas berusaha, kita berdoalah, akan tiba harinya nanti kita melihat sinar perubahan itu. ALLAH punya perancangannya. Percaya kepada NYA. :)

Apa pun macam readers sedia tahu, 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra'd : 11)

Seperti Ayat ALLAH di atas ini jelas mengatakan yang "ALLAH tak ubah kaum melainkan mereka yang mengubah diri sendiri". Jelas apa yang Nadh nak tekankan, memang Nadh tak buat apa-apa. ALLAH yang mengizinkan bukan? Dan barisan kedua kata yang "Apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya" juga jelas mengatakan yang ALLAH izinkan perubahan ini kerana DIA SAYANGKAN KITA.


Sebagaimana ALLAH izinkan air yang merupakan cecair itu berubah kepada pepejal yakni ais dan kemudian kepada cecair semula bila berdepan dengan suhu biasa, begitu jugalah diri kita dan perubahan, ianya bila diizinkan pasti bertemu juga. Yang penting USAHA!!



Cuma sekarang, Nadh mendoakan perubahan yang terjadi itu akan kekal, dan akan selalu tersemat dalam hati, dan moga-moga ianya akan terus diperkemaskan, di perindahkan, dan dibaiki agar menjadi lebih baik. 

Doakan Nadh ye?

7 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semoga allah makbulkan doa nadh...

shahjiehan said...

alhamdulillah...

thanks kerana menggigatkan SJ dengan benda2 mcm ni..

nabi juga adalah contoh yang baik... di sebabkan itu, baginda di gelar AL-AMIN..

kan3

Rozuan Ismail said...

wan setuju dengan nadh. perubahan yang dilakukan mestilah ada inspirasi,semangat, mendalami perkara tersebut, dorongan, paksaan yang positif dan doa kepada Allah SWT

IBU GEBU said...

amat bertuahlah mereka2 yang berada disekeliling Nadh yg sentiasa memberi dorongan & semangat untuk berubah kearah kebaikan...

kerana kita semua juga sedar tak sedar sedang menuju Akhirat dimana mungkin juga sahabat & rakan2 kita sendiri yang mendorong kearah indah atau siksanya akhir perjalanan nanti...

KEEP IT UP NADH!

kiera'sakura said...

InsyaAllah.... kira doakan :)

Iffah Afeefah said...

betol ckp nadh tu

kne pakse

br gerak skit kan

insyaallah nadh

Eera Shera said...

masih tak layak lg nak jd inspirasi org lain..masih perlu dibimbing hee ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA