Followers

Monday, 4 July 2011

Memandang dari pandangan sudut yang lain

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca satu entry sorang sahabat Nadh. dia kata dia tak suka tengok atau baca watak jahat. Pernah juga Nadh jumpa readers yang bagi pendapat mereka sukakan happy ending. In fact dalam dunia ni, semua orang nakkan happy ending, sesuatu yang manis, dan indah-indah sahaja dalam setiap yang menjadi hidangan mata mereka. Contoh dalam novel, drama, filem, even komik pun kebanyakan readers nakkan "happy ending".

Bagi Nadh sendiri, Nadh lebih sukakan sebaliknya, contoh melihat kepada happy ending tu, Nadh lebih prefer ending yang lain dari yang dimahukan, contoh Cinta yang tak kesampaian, kehancuran, hero mati, heroin mati ka, macam tu la yang Nadh suka. Bukan apa kan, asik dihidangkan dengan keindahan ja, buat hidup selalu akan terbayang yang indah-indah.

Mungkin akan tiba satu tahap kita semakin tidak endah dengan "Consequesces" yang bakal menjelma sekiranya kita "terjatuh" dalam hidup kita. Sebabnya sentiasa melihat yang indah-indah kan? 

Nadh taknak macam tu, bersedia untuk segala kemungkinan, (nanti mesti orang kata Nadh negative kan? ) Sebab asyik nak yang disebaliknya ja kan? Tapi itulah kehidupan, Kita mengatur, tapi yang mengizinkan dan membenarkan tiap sesuatu itu adalah ALLAH Yang Esa kan? 

Nadh sediakan sedikit TIPS buat kita dalam bersedia dan tidak keterlaluan :

1. Sebab itu always expect the least, jangan keterlaluan, sebab kita tak tahu apa akan jadi di masa depan. 
2. Merancang boleh, tapi wujudkan Plan sokongan. Sekiranya Plan A, Plan B tidak berlaku.
3. Muhasabah diri kita. Sedar yang diri adalah HAMBA YANG TERTAKLUK DI BAWAH KUASA ALLAH.
4. Jangan sekadar melihat yang indah-indah, persiapkan diri untuk saat jatuh kita nanti. Ibarat kata orang, "jangan keterlaluan tinggi diatas, kelak jatuh lebih teruk"
5. ALLAH uji sebab DIA sayang, jadi jangan mengeluh, tapi syukur kerana Ujian menunjukkan yang DIA sayangkan kita.

Wallahualam. Sekadar pendapat dari Nadh yang lemah lagi berbuat salah. ;)

6 comments:

cik najihah said...

setuju yang no 5

Aqilah Nur said...

betol. mcm bosan je bila sume ending nk kena ada happy ending. btw, dah follow. :D

azwa amani said...

siap tips lagi.. bagus2... yups, kita sentiasa perlu bersedia bagi setiap kemungkinan.. perlu ada banyak plan, supaya takde lah kita frust and tak tahu nak buat ape bila apa yg kita nak tak dapat.. :)

aimie amalina said...

kekadang bepk -ve tu penting untuk kesejahteraan berpanjangan,,,bukan kite nk doakan pon, tap sekadar untuk waspada kan.. =) tq 4 tips ^__^

Iffah Afeefah said...

tula

kdg2 sume nk harap kebahagian

tpi Allah yang tentukan

Подтверждаю said...

AS SALAM..

alhamdulillah..perkongsian pendapat yang membina

=)

terima kasih ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA