Followers

Monday, 21 July 2014

05:44AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

isnin terakhir dibulan ramadhan. Ahad terakhir menjaga anak untuk Ramadhan tahun ini. 

Minggu ni anak ada checkup. Jadinya minggu ni lain dari kebiasaan. Sebabnya selalu saya akan hantar isteri pergi kerja tapi minggu ni isteri yang hantar kami pulang. Kena plak si kecil tu tengah tidur. Balik juga la kami. Sebab isteri takut dia menangis macam minggu lepas masa tidur dikejutkan.

Dirumah alhamdulilah. Dia tidur kan. Letak dalam buaian. Tapi tak lama sangat. Satu jam macam tu dia dah jaga. Masa saya baru nak lelapkan mata. Elok bangun saya buai lagi tak mahu tidur balik saya turunkan dia. Elok aja dia main. Saya pun ambil makanan dan suap dia. Hari ni buat saya rasa sedih. Dia tak lalu makan pun. Dua suap ja. Saya paksa dia tak mahu juga. Saya biarkan dia main. Lama sikit ambil dan suap. Jugak tak mahu. 

Lepas tu saya bagi dia mandi. Lepas mandi saya siapkan dia. Masa tu dah mula mengamuk. Saya ambil susu dan beri pada dia. Senyap. Okeh saya faham. Dia lapar. Tapi tak mahu makan. Saya rasa satu sebab batuk dia kuat. Sebab tu dia tak mahu makan. Kesiannya la dekat dia. 

Lepas tu sambung main. Okeh saja waktu ni. Tapi tak lama sebab saya tengok dia dah mengantuk balik. Saya letak dalam buai dan tidurkan dia balik. Tak silap dalam jam sebelas setengah macam tu dia dah tidur balik. Kali ni saya tak tidur pula. Tak rasa nak tidur lepas tengok dia batuk teruk tadi. 2x muntah. Tapi alhamdulillah. Ada kahak sekali dalam muntah tu. Abi bau muntah? Tak apalah. Janji anak okay. Alhamdulillah memang dia tambah okay. Kali ni saya tinggikan kepala dia. Syukur lagi. Kurang batuk waktu tidur. Dan nampak dia selesa tidur.

Jam 12:45 cmtu dia jaga. Waktu tu Ummi pun dah nak balik. Elok ja main dia tu. Bergelak sakan dengan saya. Seronok la tu. Bila ummi balik lepas tu. Saya pass kat ummi. Suruh ummi susukan anak. Well lepas bangun tidur tadi belum menyusu lagi. Takut dia lapar. Pastu since dia peluh main saya mandikan lagi sekali sebelum bersiap ke klinik untuk checkup. 

Sekali lagi dipermudahkan. Di klinik tak ramai orang pun. Seriously. Sangat cepat hari ni. Duduk sekejap dia panggil anak untuk timbang dan lepas tu masuk jumpa nurse. Masa jumpa sempat ngadu dia berat tak naik. Masa tu plak nurse nampak dia dah berjalan. Nurse kata mungkin pasai tu takmau makan. Nak ringankan badan nak jalan. Dengar penjelasan tu rasa lega nya la. Betul juga tu. Dia memang dah boleh jalan. Sekarang ni satu rumah dia jalan. Pusing satu rumah. 

Next. Lepas jumpa nurse kami jumpa doktor plak. Fateh Uwais tak demam tapi batuk dan ada kahak. Alhamdulillah. Nurse dan doktor baik sangat. Syukur. Kami dilayan dengan sangat baik. Walau selepas jumpa doktor dan nak pulangkan buku klinik tu. Dilayan dengan sangat baik.

Habis checkup. Gerak ke kawasan kilang. Round tengok kot ada peluang saya kerja di sini. Selesai tu anak dah tidur. Trpaksa letak dia atas stroller masa kami singgah tesco nak cari barang dapur. 

Tengok dia tidur pun dah boleh agak betapa letihnya dia kan?

Habis tu ke bazaar ramadhan dan kemudian balik terus. Anak dah tak larat, ummi abi pn dah rasa lembik lutut. Hihihi

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya dia

Kira Sakura said...

Strolley la abi. Bkn carseat :p

welove u abi ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA