Followers

Wednesday, 9 July 2014

realiti kita.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Realiti kehidupan.

Yang hari ni. mungkin esok dah tak ada. Yang berlaku tadi, mungkin sebentar lagi pun dah tak ingat ianya berlaku. 

Ya. itulah kta. realiti kita. betapa kita terlalu asyik dibuai kehidupan sampai kita melupakan apa yang berlaku. contoh terbaik yang berlaku sekarang. Berapa ramai yang tahu akan serangan di Gaza tu. Rasa saya sekarang ianya adalah trending, jadi mesti ramai tahu.

TAPI sampai bila ianya bakal tersemat di dalam hati tu?

Macam saya cakap di atas tu, mungkin hari ini, esok dah tak ada, silap silap sekejap lagi pun dah lupa. TAK PERCAYA? pergi la tengok yang memboikot. berapa lama sangat nak boikotnya? ohh teringin la. pastu pergi makan lagi. saya ambil contoh mekdi tu la. alhamdulillah, saya dah beberapa tahun banned mekdi sebagai tanda protes. tapi yang lain tu?

kekadang kan, bila tengok ada kenalan kenalan yang masih singgah, rasa marah pun ada, macam nak unfriend sahaja. well, saya pun tak perfect, tapi atleast simpan la sesuatu dalam hati tu, buang mekdi, kerana dia salah satu penyumbang peluru peluru ke kepala rakyat Palestin tu.

tapi sayang... sedap tu lagi utama kot dari kasih sayang kepada umat seagama kita tu.

apa ada hal kan? mesia kan masih aman. apa nak peduli akan mereka??

pernah satu ketika sahabat tanya saya, "kenapa depa kejam sangat, nak bunuh kanak kanak?"

jawapannya senang sahaja, kanak kanak yang ada tulah waris pejuang masa hadapan. sebab itulah mereka hendak dihapuskan. tak percaya? cari la tengok kat mana mana pun akan nampak kanak kanak ditembak. dan yang sangat menakjubkan, kanak kanak sana sangat hebat keberaniannya, slumber tak ada apa apa nak baling, batu tepi jalan pun jadi, di tuju nya kat tentera laknatullah tu.

compare dengan kita. tak payah kata kanak kanak la, hat dewasa ni. ada ka berani macam tu? takat berani p tala muka kat depan karok open. ada lah.

pasai tu bersepah program sampah. yang kanak kanak dengan idola kecil, muda AF, tua bangka pun dah ada sekarang kilauan emas. hurmmm. sumpah kalau macam ni la kita dididik, sampai bebila pun Islam tak ke mana.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA