Followers

Tuesday, 22 July 2014

Fateh Uwais ni buat UmmiAbi sayu ja tau~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Fateh Uwais ni buat UmmiAbi sayu ja tau~~

Anak dah masuk 10 bulan lebih. Sekejap sangat rasa. Sebagaimana cepatnya kita rasa kita berpuasa. Dan sekarang mendekati akhir ramadhan. Sedih kenangkan ianya akan pergi. Tinggalkan kita untuk ramadhan depan yang belum pasti. 

Dalam kecepatan ni. Semakin hari semakin cerdik si kecil ni. Dan semalam buat Ummi menangis kerana keletah si kecil tu. 

Masa tu Umminya call saya. Sebenarnya memang tetiap hari kami akan cakap telefon. Kata umminya kalau rasa segar. Tapi letih tak mahu tidur. Cukup mujarab gunakan telefon untuk call saya dapatkan feel mengantuk tu. Ummi la kata saya tak tahu. Hihi 

Ohh ya back to d story. Elok elok sahaja dengar suara saya. Anak terus ambil telefon tu. Cium cium telefon tu. Kata ummi dia rampas telefon untuk buat macam tu. Lepas cium dia peluk pula telefon tu. Pastu dia cium balik. Umminya dah bergenang air mata tengok apa anak buat tu. Saya pula sayu. Terkedu bila tahu itu yang dia buat. Saya pujuk anak. Katakan padanya sabar ya.lagi berapahari baliklah dekat saya, lagi minggu depan saya cuti satu minggu. Dia pun bercakap cakap dengan saya. Kata ummi nya lagi boleh jadi anak rindu saya. Sebab dia langsung tak mahu nak duduk dalam bilik. Nak duduk luar ja. (Selalunya saya kalau ada sana memang suka duduk luar bilik. Ada ruang yang luas untuk anak bermain dari bilik yang kecil dan sedikit brkuap tu)

Sayunya rasa. Anak kecil ini sudah mengerti erti rindu. 


Jujur, saya sangat rindukan keduanya. Yang besar dengan caranya, yang kecil dengan keletahnya. Mudah mudahan ALLAH mudahkan usaha kami. 

Amin. 

2 comments:

Kira Sakura said...

ummi bergenang air mata lagi ;(((((((((((

Nurzakiah Hanum said...

ala comelnya dia

Buta+Pekak+Bisu=CINTA