Followers

Thursday, 17 July 2014

Abi pergi gym

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Minggu lepas punya cerita ni masa mengasuh anak kecil kami ni. Dah jadi macam rutin bila petang, cuaca pun ok saya mesti bawa anak jalan jalan depan rumah. Kalau tak bagi dia beraksi dengan baby walk dia tu. Saya dukung ja bawa pusing pusing. 

Minggu lalu saya kalut bawa dia keluar. Lupa pula nak ambil kunci dan tak eajin nak patah balik. Jadinya si kecil tak dapat saya lepaskan untuk berjalan kat atas padang tu. Sebagai ganti saya bawa dia jalan juga. Tapi cuma jalan dekat atas taman mainan tu la. 

Kalau terbaca entry awal minggu ni saya ada beritahu dia suka memanjat kan? Sama lah di taman permainan ni. Kalau dahulu suka berjalan sambil pegang adang di situ sekarang tak lagi. Dah dia buat tempat tu macam tangga. Letak bawa dia panjat. Bawah ja dia panjat. Maka nya sedaya mungkin kena pegang dia. Bukan apa takut jatuh pula nanti. 

Habis memanjat saya bawa naik gelongsor. Hari ni dia tak berapa syok naik gelongsor. Lupa pula orang tu hari ni sexy. Kaki temu gelongsor macam mana nak mengelongsor dengan jaya nya kan? Dia tak mahu. 

Jadi ubah kedudukan. Bagi dia cuba jongkang jongket. Ini pun ada masalah juga. Kalau abi dok seberang sana. Anak duduk seberang sini. Mau terbang anak tu abi kerjakan. Jadinya abi terpaksa ubah cara mainnya. 

Ni ha. Kan dah cakap. Tak pegang memang boleh jatuh nya. 

Dah dia duduk atas tu. Saya plak la yang menge-gym-kan diri. Sambil pegang dia. Sambil angkat besi merah dia pegang tu. Kan dah macam terjongkang jongket si manja saya. Sonok sungguh la dah macam naik kuda kan. 

Abinya plak? Anak dah berapa kilo dah. Sekali. Besi lagi. Tak payah nak p gym dah la. Lengkap. Tobat berketoi ketoi tangan abi ni.

Nah blanja satu lagi. Dalam dok asyik berjongkang jongket tu. Sempat lagi la dok cak-cak abi dia. 

Hishhh. Suwitt sungguh awak ni yayanh. Melting tahu abi tengok awak wat cenggitu~~

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tomeinya dia

uncle gedek said...

kalau macam ni, tak bergerak jongkang jongkit... kecik!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA