Followers

Tuesday, 8 July 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry Isnin dibawa ke Selasa sebab hari isnin saya masih lagi di Alor Setar. Dipendekkan cerita minggu ni sama sama saya dan isteri tak sihat. Semua ni pembawakan demam baby la ni. Lepas habis dia transfer mai kat Ummi abi dia pun sihat. Alhamdulillah. Sekurangnya dia dah sihat. Maka tak ada lagi kami risau sebab masa demam tu memang demam panas. Nak aja saya bawa pergi hospital, tapi umminya cakap tunggu dahulu. Dia tak mahu anak masuk hospital kesian budak tu kena cucuk nanti. 

Sebenarnya dari semalam saya memang demam tapi kuatkan juga diri drive dari Ipoh-Alor Setar bila mengenangkan iateri nak kerja semalam. Mula tu saya memang rasa kuat nak pergi kerja. Tapi bila bangun sahur. Lepas ja makan badan ada rasa lain. Selepas isteri pujuk. Saya terus sambung rehat. Bangun ja pagi. Isteri pula yang cakap rasa pening pala. Badan tak sihat. Masa tu pula anak dah bangun. Dia nak ajak main tapi kami sama sama pun dah flat. Makanya terpakaa lah dihantar dia ke rumah pengasuh dia. Kata umminya masa hantar tu dia memang tak mahu pergi pun dekat mak n abah . Muka mencebik dan menangis ditinggalkan. Tapi ummi terpaksa. Tinggal juga sebab ummi memang tak sihat. Sampai ja umah dah mengadu kat saya anak nangis tadi. Rasa memang la tak sedap hati. Tapi mai dengan dedua tak sihat. Tahan ja la.

Bangun dari tidur rasa kuat sikit. Saya mula sesi mengemas rumah. Isteri pun bangun dan tolong. Satu satu kami kemas lepas tu dia vacuum dan saya mop satu rumah. Alhamdulillah. Bersih dah rumah. Sawang pun dah habis buang. Saya kata pada isteri. Baru nak merasa ya kita. Dulu kena manage satu bilik ja. Sekarang dah satu rumah. Dia senyum ja. 

Agak agak dah selesai kemas saya minta iateri pergi ambil anak. Rindu dah dekat dia. Isteri pun cakap dia dah mula rindu budak tu. Dah ambik apa lagi. Ajak main la. Seronok tengok dia dah activ. Terutama lepas sihat dari demam tu.kami bersiap mandikan anak kemudian keluar. Mana lagi. Cari klinik la nak ambil ubat. Saya dan isteri. 

Masa dalam kereta kat klinik saya. Kata isteri dia dah menangis nangis. Bosan kot lama sangat dalam tu. Isau la juga bila turn saya dalam kereta. Tapi alhamdulillah. Mengekek ngekek gelak bila saya main dengan dia guna ulat dia tu. 

Lepas tu singgah kat Mydin sebab nak cari bahan. Malam ni berbuka isteri nak makan sup tulang. Alhamdulillah. Syukur berjaya juga saya buat sup tulang tu. Muka senyum tu jangan cakap la. Hihihi 

Petang.dah lepas masak isteri cakap nak minum air kathira. Actually dia macam tingin minum dari di Ipoh lagi tapi tak ada di sana. Dan sayangnya kat sini pun tak ada. Apakan daya. Bukan rezeki kami. Tapi sekurang nya kek batik dia dah dapat. Alhamdulillah. 

Ya ALLAH, moga dipermudahkan urusan kami tinggal sekali. Sungguh. Sedih bila tiap kali ummi doa, "cepatlahh kita boleh duduk sekali...."

1 comment:

ummi aqilah (LM) said...

Hebatnya abi demam blh memasak? Terbaik!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA