Followers

Wednesday, 16 July 2014

Orang takmau jadi angkasawan la abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bila dah ada anak kan? Baru kita mengerti apa sebenarnya harapan yang satu masa dahulu kita tak faham ketika kita masih lagi mentah. 

Benar bukan. Bila diberatkan kita dengan cita cita ibu dan ayah selalunya akan terasa beratnya dibahu ni. Kekadang ada juga yang membantah. Apalah ibu ni. Apalah ayah ni. Orang nak jadi tu la. Bukan nak jadi ni. Masa tu memberontak la. Tapi bila satu hari. Dah punya anak baru kita sedar apa yang mereka mahu tak ada lain. Hanyalah yang terbaik buat anak anak nya. 

Untuk kesayangan kami ni. Ummi selalu sebut. Ustaz Doktor Uwais. Itu harapan Ummi dan Abi. 

Sekarang dah ubah upgrade sikit. Saya lebih terpikat nak jadikan anak seorang Hafiz. Dan lagi. Tak mustahil kan, dari seorang Hafiz upgrade lagi sampai doctor. Semuanya tak mustahil bagi saya.

Dahulu mulanya Ummi macam risau ja. Risau anak anak belajar agama ni nanti tak ada sijil. Risau satu masa nanti dia mungkin ada masalah. Tapi lama kelamaan bila dia rujuk rujuk. Dia dah tak kisah. Tambahan bila saya dah sampai apa yang diidamkan. 

"Tak apalah Abi. Anak jadi Hafiz la. Nanti bila dia besar. Dia boleh sambung apa yang abi dah mulakan, kan?"

Benar kan? Itu idaman saya. Dan ummi. Dan tengok balik, tak ada salahnya. Lagi lagi bila kita tengok apa yang jadi di seberang sana apabila anak anak kecil dibunuh kerana takutnya depa kepada anak anak ni? Tahu apa yang depa takut? Anak anak ini adalah generasi AlQuran. Generasi yang kenal ALLAH. Generasi yang tahu. Syahid itu cita cita yang lagi besar. Sebab tu depa takut. (#DoakanGaza)

Tapi kan, lain lagi jadinya bila saya dapat gambar gambar ni. Dah anak kena jadi angkasawan plak dah. Dua hari berturut turut kena paksa jadi angkasawan.

Dekat planeterium negara ni.


Abiii.......Uwais takmau jadi angkasawan la !!! 

Ehhhh~~~

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ALA TOMEINYA

Kira Sakura said...

Hafiz Ustaz Dokte Fateh Uwais lah macam tu hihihihi :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA