Followers

Wednesday, 23 July 2014

Apabila #FatehUwais jadi driver

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hujung minggu lepas bawa isteri dan anak jalan jalan ambil barang. Since orang yang ditunggu macam lambat. Kami singgah dulu kat kedai barang baby ni. Kedai Manjaku. Berdekatan Amanjaya Mall Sungai Petani. Memula excited gila saya masuk kedai tu. Besarnya lah kedai dia. Cantik. Dah mula la berangan angan. Mana la tahu satu hari nanti kan? Saya dan isteri adalah owner untuk kedai macam ni 1.  Seronoknya lah. 

Ohh ya. Bila dah masuk tu. Mula mula saya dukung ja si kecil ni. Tapi tahu ja lah. Orang baru reti berjalan. Nak turun ke bawah sahaja kerjanya. Saya mula buat tak tahu. Tapi lama kelamaan macam kesian pula. Dah saya ambil kasut dan pakaikan. Bagi peluang dia pusing pusing.

Tapi lagi kesian jadinya. Since kasut yang dia pakai sekarang kasut untuk pre-walk. Kasut tu tapak dia licin. Dah satu hal plak nak pegang tangan dia takut tergelincir si budak tu. Last, tak sudah saya letak dia depan kedai tu. Ada macam kereta dan keretapi mainan tu. 


Muka eksaited gila mula mula tu. Pestime kan dapat jumpa menda macam ni. Lagi satu ada steering. Saya pernah cerita kan betapa sukanya dia dengan steering. Happy gila nampak dok pusing steering tu. 

Selepas bagi main keretapi. Saya pindahkan dia ke sebelah. Kereta plak. Hat ni memang geram betul tengok dia. Muka sonok sangat.



Ahaha. Kan? Tengok betapa berserinya muka dapat main. 

Tapi bila dia dah boring. Tau apa dia nak wat? Dia berdiri. Keluarkan kaki dari kereta pastu panjat nak pergi ke keretapi tu. 

Dah satu hal lagi plak.. Uwais Uwais... Hihihi

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ALA COMEL:)

uncle gedek said...

tompang balik kampong boleh? tiket bas dah abis!

hehe

Kira Sakura said...

kan uwais nak bagi abi exercise kihkihkih :p

Buta+Pekak+Bisu=CINTA