Followers

Tuesday, 1 July 2014

Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hidup. Kepuasan. Mahu dan mampu, 

4 perkara biasa yang kita hadap saban hari. 4 ini juga berkaitan dengan pilihan kita setiap hari. 

Berkenaan hidup. Adakalanya kita rasa "down" tambah tambah bila apa yang kita idamkan tidak menjadi milik kita. Apa yang kita Mahu nampaknya tidak menyebelahi kita. Ambil contoh bab mudah ya iaitu jodoh. Kenapa saya ambil contoh ni? Sebab pasal jodoh ada orang sanggup tamatkan hidupnya. Konon dah tak ada sesiapa lg dalam hidup sedang Yang Esa yang menjadikan kita? Yang tsk pernah tidur dalam mendengar rintihan kita? Yang tak pernah bosan dengan kita tu cmna?

Kepuasan. Selalunya kita rasa puas. Bila yang kita Mahu tu kita dapat. Tapi tak kurang yang memberontak bila gagal mendakapi apa yang diidamkan tu. Mula ada yang berhati khianat. Merosakkan yang sudah termaktub malah ada sanggup guna kaedah jahat demi mendapatkan semula. Tak kurang juga dengan moto "aku tak dapat sapa pun tak boleh dapat". 

Hairannya dalam Mahu dan Mampu ni. Kita selalu terkejar yang kita Mahu malah menggadaikan pula yang kita Mampu. Contoh bab berbelanja. Mampu juga memberikan kesan sama dengan yang Mahu, tapi kita pilih Mahu walau ianya tak padsn dengan kita, akhirnya Mahu itu merosakkan. 

Well, dalam hidup perlu belajar syukur. Tambah dengan kesederhanaan. Syukur itu tak kiralah bila dibawah atau diatas. Bila diatas kita memberi, dibawah juga masih memberi. Kerana apa? Kerana masih ada yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Jadinya kita bersyukur dengan memberi. 

ALLAH dah aturkan yang terbaik dah. 

2 comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA