Followers

Monday, 27 October 2014

05:42AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:42AM.

Cuti berakhir sudah. Dari Rabu. Sampai ke hari Ahad. Ada 5 hari cuti. Dan berakhir sudah hari ni. Sudah kena masuk kerja. Cuti yang penuh dengan aktiviti. Mujur ada yang sudi melayan. Kalau tak, mungkin tak jugak serajin ni. 

Petang lepas balik kerja Selasa tu dah mula gerak dari Penang ke Ipoh. Betapa sibuknya saya minggu ni. Bayangkan hari Selasa ni sahaja, sampai tak sempat nak lunch. Membawa ke petang. Neverending punya sibuk hari tu. Last balik kerja pun dah lewat sikit. Diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Sampai rumah betapa letihnya rasa. 

Esoknya. Dah ada di Ipoh. First day cuti. seronok la jugak. Tapi pepagi ada phone calls dari kilang. Ehh. Alamak. Saya lupa nak return call. Aduihhh..! Baru teringat nih.. 

Petang hari pertama, kedua. Aktiviti menyihatkan badan. Hari pertama tu aaduu punya la berat saya rasa. Dengan jarak dia tu, selepas selesai satu saya berhenti. Kemudian next round pun macam tu. 3 round ja petang ni. Aktiviti lain lepas tu. Layan putera kami main bola. Tudiaa. Sampai ke hujung padang hari ni dia kejar bola. Seronok sungguh. Kita angkat pun tak mahu. Nak jugak jalan sendiri. 

Petang hari kedua. Bertiga ja petang ni. Sebab Opah tak larat ikut. Tok plak kerja dah hari ni. Maka nya hanya kami bertiga la petang ni. Untuk saya hari ni makin laju. Boleh biasakan diri dah. Tapi kesian nya dekat baby. Bila saya dah lengkapkan 4 round. Mula hujan rintik. Kemudian membawa ke lebat. Kesian baby tak sempat nak main di playground. Mujur lepas selesai aktivity ummi ajak pergi dekat Mydin sebab Ummi nak beli barang. Terus saya bawa dia ke gelongsor di tingkat atas tu masa menunggu ummi bayar. Senyum tu jangan kira la. Mengekek gelaknya dapat main.

Petang hari ketiga aktiviti batal. Hujan hari ni. Kalau pergi pun mesti tak boleh buat apa. Jadinya jogging di rumah sahaja lah. Kejar putera tersayang main dalam rumah. Alhamdulillah la. Petang ni abang sepupu dia dah balik. Atleast ada la jugak kawan kot kot dia dah bosan main dengan abi. Kikikikiki

Pagi hari keempat. Haa kali ni pagi plak aktiviti kami. Saja ubah angin. Nak jugak perasa jalan pagi pagi kan. Lain pula rasa hari ni. Tegang ja rasa otot kaki pagi ni. Tu pn untuk first 2 round la. The next saya ubah strategi. Bawa anak main puas puas dulu. Kemudian baru sambung lagi yang baki 2. Alhamdulillah. Hari ni tercapai jugak niat bawa dia main to the max. Jadilah kan. Abi lari anak pn dapat main. Cumanya kesian kat Ummi la. Kena layan anak yang aktif sementara Abi dok syok lari. Hihihihihihihi tak apalah ummi. Ni kira macam lari jugak kan. Pecah peluh jugak paa~~~



3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PAGI

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
waaaa..seronoknya cotik samapi 5hari
akak jelllessss he3

Kira Sakura said...

lepas ni kan ummi pulak nak lari, abi jaga anak.

tapinyaaaaaa

ummi ni mampu ke nak berjogging lagi mihmihmih

Buta+Pekak+Bisu=CINTA