Followers

Tuesday, 12 October 2010

Cinta Sebelum & Selepas kahwin

tajuk ni aku dapat tadi.. masa dalam keta masa otw nak p shah alam nak p amek keta ferroza..

abg razak ng abg falah kata.. zaman skg, bkn zaman bercinta selepas kahwin.. bkn macam dlu dah.. zaman bercinta sebelum kahwin..

apa pendapat semua?
pendapat aku kan? sama ja kot.. toi dak?
rasa2 aku kan.. selepas tu lebih baek dari sebelum.. sebab dan hujah aku..

" Dan janganlah kamu mendekati zina, sesunggunhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu yang jalan jelek." ( Q.S. Al Isra 32)

siap amek ni lagi kan.. zaman dulu n sekarang sama jugak.. cuma ny.. pendapat aku kan.. zaman sekarang lagi mencabar dari zaman dulu..
dulu kita tau.. tadak teknologi,, orang lebih tertutup.. berbanding zaman skarang yang lebih open.. n dari sini la diambil contoh.. kita lihat sekarang ni.. seks bebas berleluasa.. mmg dari kesan open kita ni la.. begitu mudah kita nak akses menda2 tak baik ni.. dan dari sini akan wujud rasa ingin tahu. perasaan ingin mencuba.. dan bermula la menda2 tak baik ni..

aku tak nafikan ada yang berjaya menahan.. tapi kan... berapa ramai yang gagal bertahan? kita jgn lihat dari yang berjaya.. tapi lihat dari yang gagal tu.. cam banyak ja.. hurmmm..

Apabila berkahwinnya seorang itu, syaitan menangis dukacita kerana tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam supaya terjebak dengan maksiat. Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya, apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa. Dan kerana itulah disyariatkan perkahwinan.

bayangkan la.. sebesar mana peranan kahwin tu dalam agama..
tak dinafikan.. perlunya kepada cinta tu.. tapi jgnlah keterlaluan.. kan?
fikir2kanlah, renung2kanlah.. jalan mana pn yang kita pilih..
sebaiknya.. kita amek yang dapat REDHA ALLAH... ni plg penting.. wallahualam.. ;)

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA