Followers

Monday, 30 June 2014

05:43AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada gang membaca. 

05:43AM. 

Fasa terbaru hidup sampai. Kali pertama berpuasa sebagai seorang abi dan tahun kedua sebagai suami. Istimewanya sebab ada orang ketiga dalam hidup kami yangmenjadi penyeri juga pengikat kasih dan sayang antara kami suami isteri juga satu kegembiraan buat keluarga besar kami. Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini. 

Minggu ni, tak macam minggu lepas. Sebab minggu ni ummi nya cuti di hari Ahad. Makanya tak adalah kami terkejar hari ni sebab dah duduk di rumah sahaja. Itupun masih ada juga plan tu nak jalan. Saya yang cadangkan sebab Mama pernah sebut nak pergi satu tempat tu. Jadi sebab hari ini semua tak kerja. Saya bawa aja. Dan tahu apa jadi?? Sampai tempat tu, cari parking punya lama, sampai mama pun dah tak ada hati nak masuk. Jadinya lepas pusing lama, bayar parking dan balik. Kikiki

Petang nya. Ank dah meragam. Mengantuk kan. Ummi plak saya dah janji bawa beli barang dia. Dah satu hal lagi. Sepanjang jalan dia tak duduk diam atas saya. Nak taknak kena layan juga. Cepat cepat kami beli barang lepas tu balik. Bagi dia tidur, dia tak tidur last saya yang pengsan. Adehh.

Malam buka puasa rasa seronoknya lah. Lengkap satu keluarga. Semua ada. Pastu tak lekang gusi tengok si dia ni. Moncong tak abeh abeh. Pastu panggil panggil suruh suap dia. Saya senang ja. Ada dekat ng kurma. Bg dia makan kurma la. Bukan apa. Kita makan pedas. Kang jerit pulak dia. 

Selesai berbuka. Waktu kami kalut slat rupanya ayah dah tidurkan dia. Saya dan isteri turun tengok dah lena dah dia. Kami ubah plan. Pada asalnya nak tarawikh di Umah kami kat Alor Setar. Tapi terus buat dulu kat Penang la. Memang elok elok kami selesai pun dia bangun. Terus siap dan gerak balik. 

Seronoknya di hari pertama. Doa saya moga hari kedua juga akan mudah buat isteri. Juga moga si kecil kami behave. Sebaiknya untuk ummi dia. Saya akan menyusul. InsyALLAH. Moga dipermudahkan. Amin

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Cik Asma BLuppy said...

salam ramadhan.

Kira Sakura said...

amin abi amin

ninie said...

sahur ok tak ngan si kecik tu? hariz mmg tak bg kerjasama time berbuka... hahaha makan asal boleh ja tahun ni...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA