Followers

Monday, 20 October 2014

05:37AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:37AM. 

Rasanya ni entry terawal pernah wat untuk slot ni. Terawal pula kami hari ni. Satunya bangun awal la. Kedua. Siap cepat. Dan ketiga gerak cepat. Elok sampai di stesen bus pun si kecil masih lagi sedap tidur. Kesiannya lah kan. 3x tidur diganggu semalam masa bersama saya. Mulanya dengan suara asing. Kemudian sebab nak sampai cepat dekat ummi, walau yang petang balik kerja tu agak lambat juga kami gerak. Tapi masih juga la dalam waktu tidur dia. Maafkan abi ya yayang. 

Ahad semalam. Biasa. Tapi masih luar biasa. Apa yang luar biasanya? Sebab seorang abi ada bersama satu bidadari kecil dan bidadari besar yang dipinjamkan in advance didunia ni. Semestinya ianya luar biasa bukan? 

Mula hari dengan menghantar ummi. Kemudian pulang. Anak hari ni tidur sampai 3x. Petang nya pula. Waktu memilih kasut. Saya ni sememangnya sangat cerewet bab memilih ni. Tambahan pula yang nak keluarkan duit banyak ni. Tengah hari dah jumpa yang kenan di hati. Kat city plaza. Tapi belum puas hati sebab nak tengok lagi di kedai lain. 

Lepas tu bawa baby pergi kedai tu. Kat kedai promotor ikut ja kami nak kemana. Depan ke belakang. Satu saya puji dia serve dengan sangat baik. Satu satu dia jawab persoalan saya dan juga penerangan tentang kasut. Alhamdulillah la jumpa promoter camtu kan. Tapi dah orang ada isteri kan. Saya tak beli lagi. Nak bawa ummi datang juga. Bagi dia la pilihkan. Baru puas hati saya. 

Petang tu dah datang. Haduhh. Jenuh. Sebab dah janji dengan baby. Petang kita datang abi bagi pakai kasut ya. Habis. Dia bukan sahaja tour satu kedai. Jenuh nak kejar. Siap tlg kemas lagi tu. Jenuh ummi mengejar. Ha. Bab memilih kasut pula. Ingat lebih dari 2 pasang yang saya kenan tak ada stok. Sedih la juga. Sebab saya rasa kaler tu sesuai saya nak padan dengan apa sahaja yang saya pakai. Tapi last sekali. Pilih juga yang ummi ambil ni sebab jam sudah pun pukul 6. Dah lambat nak bawa baby main dekat taman. Tak apalah. Ini pun okay. Warna pebret saya kot. Sampai ummi tegur. Hai abi. Kasut futsal oren. Ini pun oren? Kehlehkehh~~

Sampai taman. Terus mula lari. Baby macam biasa. Sit like a boss. Seronok dia hari ni. Ya lah. Mana tidaknya. Dapat main. Ya lah. Dah janji kot. Sebelum dia masuk tidur petang tadi. Pastu lepas lari bagi dia main dekat playground sekejap dah gerak balik. Sudah jam 7. Senja dah. Tak elok dia ada di luar kan.

Malam keluar juga sekejap. Since ummi nak cari barang buat cheesekut. Juga saya juga salah sebab terlupa bawa baju salin. Akhirnya balik dulu. Saya mandikan anak. Saya mandi sambil ummi siapkan anak. Lepas tu ummi mandi dan kami gerak. Lelaju beli barang. Lepas tu pergi makan dan balik. Dan anak pun tidur buat kali keempat. Sampailah sekarang.... 

Tidurlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja, nanti bila kau buka mata, semua tak serupa...

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi

Kira Sakura said...

Xleh tido. Repeat baca entry smpi mata ngantuk. Berangan mcm abi yg cerita kt depan ummi ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA