Followers

Tuesday, 7 October 2014

05:54AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:54AM. 

Selamat datang minggu baru. Selepas cuti 4 hari yang penuh senyuman anak dan isteri. Minggu ni cuti Raya Aidiladha, jadinya isteri juga turut cuti hingga Isnin. Hari yang berlalu tu tahu sahaja lah, sangat memggembirakan. Bila mana dua dua ada di sisi saya. Kalau ummi dah biasa memanja dengan saya sekarang ni dah ada pesaing. Permulaan tidur harus di tengah. Tak boleh tinggal asal nampak ja muka. Aduh banyak sungguh karenah tu. 

Khamis tu masa dia balik macam tu la. Dalam kereta dah mula nak cak cak abi dia ni. Ke sana ke sini cari saya bila sampai tu dari dalam kereta. Bila dah berhenti tu dah kelam kabut. Nak turun kat saya. Habis dia panjat ummi kat tempat pemandu tu. Bila dah dapat saya. Tangan tunjuk dia nak p mana. Semestinya tunjuk moto la. Saya terangkan saya nak tolong angkat barang dahulu. Dia tunggu. Tapi lama kelamaan jadi tak sabar pula dia. Akhirnya saya bawa pusing naik moto. 

Hari Jumaat saya tak berkesempatan. Ada tugasan lain yang perlu saya selesaikan jadinya lambat sampai ke rumah. Anak dah menunggu saya. Tapi malam tu saya bawa juga dia jalan sekejap. Ambil hati. Tu pun jenuh kejar. Last sekali nak perlahankan dia. Letak dalam trolley tu. Setel. Kakakakakaka. 

Sabtu dan Ahad. Sibuk dengan raya la. Tak ke mana pun. Sibuk jadi Abi ja. Tapi pun tak sibuk sangat pun. Ramai pacik, macik dan tok tok menakan yang temankan yayang ni. Walau dia tak mahu sangat dekat orang, tapi orang masih nak ambil sebab suka tengok dia senyum sampai nampak lesung batu kat pipi gebus dia tu. Hishhh ni satu pangai lagi. Tak mahu kat orang. Tapi bab nak menggoda bagi orang rasa nak angkat rasa nak godam dia tu selalu dia buat. Mana la orang tak tonyoh pipi gebus tu. Abi yang dok ada pun jenuh ketap gigi. 

Alhamdulillah la. Dia behave sangat dalam reramai tu. Tidur pun mahu makan pun mahu. Main pun mahu dengan orang lain. Syukur. Dia jadi kegembiraan banyak orang kat sana. Semoga dia terus menjadi kesayangan dibumi, kesayangan para penduduk langit juga. Amin.

Dalam kesempatan ni saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin buat semua. Doa doalah andai tahun depan bisa menjadi milik kita sebagai pelengkap rukun Islam yang kelima tu. Mana tahu kan? Mudah mudahan. Amin. 


1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah sekejap x sempat nak komen banyak2
bz day

Buta+Pekak+Bisu=CINTA