Followers

Friday, 17 October 2014

Takdak..

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam si kecik saya tu balik. Saya sampai depan rumah. Dia pun tunggu depan pintu. Lepas tu dia panggil saya. Tak sempat sempat suruh ummi buka pintu. Lepas tu terus kiss saya. Peluk. Kemudian ajak jalan jalan naik moto. Saya pun memang dah plan dah nak bawa dia jalan. So saya solat sesiap dekat office baru balik. 

Atas moto tu macam biasa. Seronok la dia tu. Sambil sambil cakap. Gamaknya nak beritahu apa yang dia nampak kot kan. Pastu tahu apa dia buat? Dari tangan dok pegang besi side mirror tu. Dia angkat tangan saya pada handle. Ohh nak pegang handle . Adehhh la anak..

Habis pusing tu. Elok sampai rumah Ummi tanya. Amboihh.. Jauh bawa anak pusing. Senyum ja la kami dedua. 

Dalam rumah tu. Masuk ja terus tunjuk kat tv tu. Suruh Tokma dia buka tv. Konon nak tengok sangat. Yang lawaknya pergi capai control lepas tu tekan tekan la nak bg tv tu ON. Terus la ummi ambil on TV dia tu. 

Sekejap ja dia dengan TV dia. Lepas tu dah nak main merata. Lama lama kan. 


Dia dah boring dengan apa yang dia pegang. Dah bosan tengok Tokma dia buat karipap, mula lah nak naik tangga. Masa nak naik tangga tokma dia nampak. Suruh dia pergi depan suruh tengok kot kot wan dan balik. Dia pun bergegas ke depan. Pastu dia patah balik. 

Takdak..

Terus kami tergelak. 

P/s: Mujur tak lama lepas tu wan pun balik. Hihihi

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA