Followers

Wednesday, 8 October 2014

Monolog malam seorang Abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Time time ni melayan irama instrument layan juga. Bila datang lagu yang bersemangat, jadi bersemangat. Bila timbul lagu yang selow, yang menyentuh hati dengan irama dia, memang terasa tersentuhnya tu.

Masa tu mula terawang-awang entah ke mana hala. Banyak yang menusuk dalam hati tika fikiran menerawang tu.

Sebagai hamba, sedaya manakah kita sudah cuba untuk membetulkan diri sebagai hamba. seorang yang tidak lain hanyalah berharap pada kudrat yang dikurniakan ALLAH. itupun bersama kudrat pun, belum tentu kita mampu buat apa apa melainkan dengan izinNYA.

Sebagai hamba, adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada kita semenjak hari hari awal kita dahulu? Adakah kita telah sedaya mungkin menjaga amanah yang dah diberikan NYA?

Kekadang sendiri terfikir juga, kita rasa kita dah cuba sedaya upaya, sedangkan kita tak buat apa sangat pun. tambahan bila mengenangkan apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang ni. gejala sosial yang meruncing, paling memalukan bila kita tengok orang yang mengaku dirinya Islam yang paling dahsyat. Terkedu memikirkan. Dimanakah Islam sebenarnya kita simpan? Adakah hanya pada paparan lesen dan ic kita? sedangkan ALLAH entah dah di mana kita letakkan.

 Dalam kita menghadapi kedahsyatan 'maju' yang tak tara mana sambil dalam masa sama nilai nilai manusia semakin haus di bawa masa, kita sebenarnya sedang menghadapi satu balasan dari ALLAH. satu dari balasan yang Dia dah sebut, apabila kita wat dosa dosa berkenaan, dia bakal membalasnya dengan kepimpinan yang lagi jahat dari pengikutnya. Sedang kita tak pernah sedar pun yang kekangan masa kini adalah disebabkan dosa dosa kita sendiri. Dosa yang kita rasakan biasa, tapi sebenarnya dah merosakkan berjuta hati kerananya.

mudah mudahan ALLAH kembalikan hati kita kepadaNYA, hati yang senantiasa mengingatinya, hati yang tak pernah lenyap walau sesaat pun nama NYA, hati yang mengingatinya itulah hati yang tak pernah jauh dari NYA, itu jugalah hati yang takut berbuat noda kerana menyedari yang dia sebenarnya milik NYA. Moga kita sentiasa bersama hati hati yang takutkannya. Amin..


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA