Followers

Sunday, 12 October 2014

Cerita lena anak manja seorang Abi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi Ahad, 09:58 pagi.

Tuan putera kami sedang beradu. Pagi ni bangun agak awal. Dalam jam 7 macam tu dah bangun. Sebaik sedar pagi ni tak ada lagi rengeken dari nya, cuma senyuman manis dari bibir nya. Mungkin gamaknya dia tahu, kalau dia menangis memang saya tak layan punya.

Mula selalu tu kalau dia jaga mesti dia akan menangis, sebab nak mencari Ummi nya. Kalau ada saya pun jarang dapat di pujuk melainkan Ummi sendiri yang datang untuk memujuk si dia. Pagi ni tak pula macam tu. Saya angkat dia letakkn atas badan, tepuk tepuk cuba memujuk supaya dia sambung tidur, tapi tak mahu pula dia sambung tidur. gamaknya sebab dah tidur lama dari semalam jam 7 macam tu. Selalunya pun memang macam tu kalau dia dah cukup rehat, jarang sekali dia nak buat perangai bila bangun dari tidur.

Cuma satu, dalam minggu ni Ummi kata bila dia tidur dia tak lena, macam asyik dok mengigau tu. Dah tu asyik menangis dalam tidur, sepanjang malam.

Macam semalam tu, dia menangis sepanjang malam, sekejap sekejap dia macam mengigau dan menangis. Akhir sekali dalam pukul 5 lebih kot saya rasa, Ummi bangun sebab nak ketandas, dia menangis, saya angkat lepas tu letak dia dekat lengan. Ha, bermula dari situ dia pun tidur lena tak menangis lagi. Sampai pagi dia tidur tak ada bunyi bunyi dah.

Pagi tadi juga sama. Tidur kurang lelap sampailah Ummi bangun, Ummi letak dia sebelah saya, langsung diam sampai dia jaga saya sebutkan kat atas tu. Ummi cakap, mungkn gamaknya dia nak tidur sebelah Abi kot, sebab tu bila dia dapat tidur sebelah saya dia dah tak menangis lagi.

Bangun pagi Ummi pun cakap, rasa lepas ni kena tinggal sehelai dua baju Abi yang dah
pakai tu, agak dia dok wat pangai macam ni lagi Ummi letak sebelah dia, tekup bagi dia bau Abi, senyap la tu nanti tu. Senyum saya. Sampai macam tu ka??

Hai la anak manja Abi sorang tu...~~~



1 comment:

Kira Sakura said...

kesian ummi di ummi tirikan :p

Buta+Pekak+Bisu=CINTA