Followers

Tuesday, 14 October 2014

Seorang Abi yang garang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sampai hari nk. Masih terngiang ngiang dekat telinga ni. Masih terbayang bayang dalam fikiran. Masih terkenang kenang apa yang berlaku beberapa hari yang lalu. 

Alkisahnya. Si kecil kami ni. Saya ni selalu tak pernah halang pun apa yang dia nak main. Ummi juga tahu. Malah saya ni jugak kekadang yang palaotak weng aja dia main menda yang lain dari yang lain. Contohnya macam saya main sushi dengan dia tu. (Nak tahu mohon rujuk entry Ummi) . Tapi Ahad lalu saya tak boleh tahan bila dia mula main menda yang pelik sangat. 


Ha.. Ini yang dia buat. Mula sekali dia tarik tikar getah tu. Pastu lama lama dia tundukkan kepala. Keluarkan lidah lepas tu jilat hujung tikar tu. Mula tu saya cakap jangan. Dia buat lagi. Kali kedua. Pun jangan. Dia buat jugak. Kali ketiga saya ambil kipas. Saya tindih tikar getah tu. Pun dia buat. Mai kali keempat. Saya jentik jari gebus tu. Satunya sebab kotor. Yang kedua. Kipas. Kalau masa dia tarik kipas timpa dia? Saya pernah sekali. Main pelik pelik jugak la. Konon buai dia dekat buaian tu. Sekali overshot. Nasib la saya peluk dia. Buai tu jatuh. Dan alat mengenjut buai yang gedabak besar tu timpa saya. Alhamdulillah. Mujur la kena abi. Kalau kena kat dia?

Ha lepas kena jentik. Apa lagi. Anak yang asik dimanja tak pernah kena marah bila kena marah dengan orang yang tak marah dia. Mula tu dia tunduk. Lepas tu saya dengar tangisan. Selop. Pertama kali la dia menangis macam tu. Mula saya tak peduli jugak. Tapi lama lama hati ni pulak yang rasa banjir sekali. Saya angkat dia. Letak atas riba ni. Dia peluk punya kuat. Muka sembam dekat dada saya. Masih menangis. Saya pun pujuk la. Saya terangkan kenapa saya marah dia. Kenapa saya jentik jari dia. Kenapa kenapa dan kenapa. Lama kelamaan dia berhenti menangis. Tapi masih bersisa lagi. Saya ajak dia main. Baru betul betul dia senyap.

Akhirnya saya baru paham. Perasaan seorang mama dan ayah. Ada ketikanya dimarahnya kita ni. Dipukulnya kita ni. Bukan erti tidak sayang. Tapi sebab terlalu sayang tu la tindakan tu diambil. Mungkin masa tu dimarah. Tapi siapa tahu dalam hati tu macam mana bergelodaknya mendengar buah hati menangis dihukum. 

Saya sendiri. Nak mengajar. Tapi hati ni pun macam air terjun bila kenangkan tangisan yang saya tak pernah dengar tu. Sebak weh. Tapi apakan saya. Saya pujuk hati ni. Saya terlalu sayang dia. Langsung tak ada niat nak buat macam tu melainkan untuk beri tunjuk ajar. Moga Fateh Uwais tak ulang lagi tahu. Kotor. Kuman. Abi taknak awak sakit...


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cutenya baby

Zasillah Ariffin said...

iyela..sayang anak tangan tangankan...tapi baby kita main main jer babap nya bukannya betul betul...pastu agah2 dia senyum balik lah kan hihi

Kira Sakura said...

ohhhh dah pecah rahsia abi. abi yang main pelik dgn dia smpi buai jatuh grrrrrrrrrr

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
SAAAMAAAAAAlaaaaaa...
hubby akak pun sayang lebih kat anak
akak ni la mak tirinya he3
setakat umur anak akak nak dekat 3thn ni, cuma ada sekali ja hubby marah bebetui kat anak (sora tegas & babab monot anak), lagi 4 kali setakat tegur (sora tegas sket ja)..
hat yang marah bebetui tu anak akak dah mencebik2 mata bekaca nak nangeh he3..
akak lak yang emo nengok anak, teruih hubby pujuk & gtau anak pasaipa dia marah..
aduhailaaaaa anak kan3

Buta+Pekak+Bisu=CINTA