Followers

Friday, 24 October 2014

Abi day Out - teambuilding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Maaf beberapa hari sunyi tanpa entry. Sedikit sibuk di hari Selasa sebab Rabu mula cuti. Di hari Rabunya pula biasa lah sudah cuti. Ada banyak nak diselesaikan di kampung. Dan Khamisnya. Juga sama ceritanya. Hari ini saya kembali. 

Ohh ya minggu lepas saya ada Teambuilding. Hari Sabtu tu la. Dah dua tahun kerja sini. Tapi dalam tahun kedua baru nak ikut sedangkan tahun lepas ada ja, tapi malas ni ikut. Kali ni pun pergi sebab geng geng dah paksa mengikut. Actually apa mereka kata tu betul juga. Menda pree, layankan ja la. Lagi pun bila lagi kan nak pergi aktiviti macam ni. Silap silap tahun depan dah tak ada lagi. Well, kan ini tahun terakhir saya kerja. 

Sesampai nya kat sana. Macam biasa la. Kena ada group kena ada team cheer suma kan. Yang tak syok 1 la. Saya dan sorang lagi terpisah dengan group kami. Dan baki lagi tiga memang cun dalam satu group. Saya bab kurang bestnya sebab memang niat nak enjoy to the fullest dengan geng saya. Dan seorang lagi pula komen dia tak syok sebab group member dia gatai dan suka raba. Dem setan la manusia tu. Hishhh

Dipendekkan cerita dalam group saya tu ada seorang manager. Makanya masa trainer suruh angkat tangan pilih ketua mesti dah la dia yang dipilih. Suma letak dekat dia kot. Tapi jadi mereng sat bila lepas dia kami pilih boleh plak trainer tu kata, yang kami tunjuk tangan tu orang yang akan memilih ketua. Maka dengan itu terkono kat saya la sebab semua tunjuk dia, dia plak awal awal dah letak kat saya. Aduuuu . Last dah pilih saya. Maka mohon menjawab la kepala otak saya ni. Ng geng tak boleh enjoy. Jadi group jadi mangsa. Team cheer saya, buat satu dewan gelak. Sampai ada seorang tu cakap dekat manager tu, "macam mana la you boleh p ikut idea budak sorang ni". Kihkihkih. Menjawab la dah pilih saya. 

Next aktiviti Heritage Hunt. Saya akui ini memang best. Sampai saya dapat cop kat muka la. Balik ummi tengok muka. Alaaa. Abi terbakaQ. Kihkihkih. 

Heritage Hunt ni adalah aktiviti di mana kami semua perlu menjejak klu klu yang diberikan dalam kertas soalan tu. Dan setiap jawapan haruslah mempunyai gambar semua ahli kumpulan didalamnya (excluded photographer ya). Serious aktiviti ni seronok sangat. Dan alhamdulillah. Pun tak sangka juga group kami telah dinobatkan sebagai naib juara. (Patutnya juara. Kalau saya jadi seorang auditor yang sangat sangat tegas) 

Tak apalah. Seronok tu penting. Bukan senang kan nak seronok macam ni. Tapi kan. Tapi kan. Depa cakap tahun lepas punya lagi rancak. Aktiviti outdoor yang lasak tu. Nak wat camna kan. Walau tu jiwa saya tapi masih saya juga yang bazirkan peluang join aktiviti tu kan? Padan muka. Ehehehe

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

be happy ok

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
jemput join giveaway:
http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/10/first-giveaway-by-zakinamaku.html

Kira Sakura said...

takpe taun depan kita team building bertiga kat escape tu pulak ek hihihihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA