Followers

Monday, 13 October 2014

05:46AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:46AM. 

Minggu baru bermula bagi saya, kami dan dia. Kalau saya selalu mula isnin la. Membawa ke Ahad. Tapi untuk ummi dari  Ahad la sebab Ahad dah mula kerja kan. Betoi jugak kata Ummi. Kekadang tu saya dok minggu lepas lagi. Dia dah kira minggu ni. Kena tune balik ni. Hihihi

Minggu ni since mula dari Jumaat. Rasa lama plak minggu ni. Penuh rasa nya. Syukurlah. Seronok saya rasa sebab ada perasaan macam tu. Hari Jumaat masa sampai tu anak dan Ummi dah ada kat tempat bus tu dok tunggu saya. Elok naik ja keta terus kami gerak balik umah. Lapo weh, dah la sampai lewat dari plan due to ada kemalangan yang melambatkan trafic tadi. 

Sampai ja rumah, kecik tu dah mula ajak main. Seronoknya bukan main. Tapi nak wat apa suma nak kena duduk kat riba. Nak jalan kena dukung. Tak mahu nya dia duduk bawah. Senyum saya tengok. Manja sungguh la hero sorang ni. Saya layankan aja. Ada dua tiga hari ja untuk dia seminggu, jadi haruslah dapat special treatment kan?


Malam tidur pun sama. Tak dok dekat abi ja tdo tak lelap. Elok dapat sebelah saya. Reti plak senyap sampai ke pagi.

Sabtu tu, tak ada banyak plan cuma mencari barang Ummi yang habis ja. Masa ni pun dia behave sangat. Tak banyak ragam. Mungkin gamaknya dah cukup rehat kan lagi satu ada orang nak uli dia. Syok la tu. Ha. Sebab asal kua berjalan ni sebab nak cari pool untuk dia. Dah kata ummi seminggu tu kekadang kan rasa lama Abi xdak. Jadi bleh la bawa anak main pool dalam rumah ja. Tak ada Abi, Ummi pun tak rajin nak kua jalan. Makanya kami beli pool tu kat anak. 

Petang tu plan asal nak bawa anak jalan dekat taman Jubli tu plus saya jogging la. Tapi tak jadi sebab hujan. Maka anak dapat la peluang merasmikan kolam dia tu dekat rumah. Seronoknya jangan kata la. Anak yang mandi Abi yang basah. Habis dia tepuk air tu sampai mercik kena saya. Last masa nak simpan tu la tak tahan. Menangis macam dengan apa lagi. Padahal jari jari gebus dia tu dah kecut. Saya tak layan. Saya suruh Ummi bawa dia masuk. Sambil saya buang air dari kolam kemudian ubah kereta dan masuk dalam rumah. Kata Ummi elok nampak pool dia. Baru senyap. Gamaknya dia rsau saya bawa p memana kolam agaknya kan?

Hari Ahad. Pagi dia sangat behave. Pergi hantar Ummi lepas tu balik dia diam ja. Sampai rumah tu dia pun tak mengamuk.  Main elok ja dengan saya. Sampai masa dia dah mengantuk. Ini paling syok la. Dia tunjuk kat saya dia punya buai. Saya masukkan dia. Zikir sekejap ja dia dah lena. Alhamdulillah. Tidur juga dia dalam satu jam setengah macam tu. Bila bangun dia tak begitu mahu makan. Saya buatkan susu. Pun tak berapa mahu minum. Saya layankan aja dia main. Sampai trngah hari bawa pergi jumpa Ummi. Pun dia tak begitu mahu menyusu. Hairan ni hairan! 

Lepas hantar Ummi saya nak cari pc. Hajatnya nak bawa Ummi. Tapi kenangkan nanti buang masa main anak. Saya keringkN hati. Bawa juga putera kecil kami ke sentosa mall tu. Alhamdulillah. Dia sangat behave. Walau saya tahu dia mengantuk. Tapi dia memang sangat behave. Diam ja sepanjang atas saya kat baby carrier tu. Saya peluk ja dia tak lepas sebab saya pakai carrier tak sempurna. Ada tali yang tak mampu saya ikat sebab di belakang. 

Pulang ke rumah pun sama. Sangat behave di atas riba saya. Di rumah. Dia memang mengantuk. Saya minta izin salin pampers dia lepas tu letak dalam buai. Saya bagi dia susu yang tadi tidak dia habiskan. Alhamdulillah. Tak lama pun buaikan dia. Dah lena dalam buaian. Syukur dia baik sangat. Cuma bila dia bangun. Langsung tak mahu letak. Mandi tak mahu. Salin baju tak mahu. Apa pun tak mahu. Nangis kalau letak. Jenuh saya terpaksa bersiap dengan dia atas dukungan saya. Buka pintu. Tutup pintu. Angkat barang masuk kereta. Sampai Ummi pun dah call la. Memang, lambat saya nak buat apa pun. Terbatas dengan dia atas dukungan saya. Tapi tak boleh nak kata apa la. Dah dia tak mahu kan. Takkan nak tinggal dalam kereta masa tu. 

Petang ni saya minta maaf dari dia sekali lagi. Saya terangkan kenapa kami tak boleh jogging petang ni. Aaya beritahu dia saya memang nak bawa tapi cuaca hujan tak benarkan kami pergi. Jadi kami singgah kejap kedai mamak sebab nak pekena cheese nan. Tambah ayam tandoori plak. Perghhh sungguh memang layan waktu hujan hujan ni. Petang ni buat pertama kali. Memang dia tak mahu bagi kerjasama kat kedai tu. Langsung tak mahu duduk. Memang buat perangai sungguh. Saya tetiba jadi malas nak layan. Kesian pula Ummi masa tu terpaksa layan karenah dia tu. Last last saya ambil juga. Barulah dia nak okay perlahan lahan. Habis di lambainya si mamak mamak dalam kedai tu. Sampaikan si pembuat air tu masa kami nak balik datang ke depan kaunter nak lambai dia. 


Nampak tak betapa comotnya Fateh Uwais semalam? Kes senyum la ni. Mamak tu bagi satu coklat wafer kat dia. Kami biar ja dia pegang. Lupa plak dia kan ada gigi. Habis pecah plastik tu dia gigit. Akhir sekali. Dapat juga isi dalam tu. Since dah buka. Kami saja biar dia. Nahh. Habis comot~~

3 comments:

Kira Sakura said...

alaaaaaa silap la ummi tak bebai sekali xdpt beriadah, klu tidak boleh abi dukung~~~~~ :p

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi dan assalamualaikum
singgah pagi

Zasillah Ariffin said...

keinginan anak anak bila nak makan mmg tak boleh dihalang..lagi lagi makanan dlm balut plastik..suka jer diorang nak makan...anak saya jajan laju...makan nasi pilih2 lauk..susah huhu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA