Followers

Friday, 10 October 2014

Penindasan yang sempurna

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi, ada saya sembang dengan ummi. Since saya sedang berusaha nak buat sesuatu yang perlukan modal besar, saya minta bantuan dia cari tempat saya nk buat pinjaman. N hari ni dia ada bagitahu satu tempat dekat saya. Katanya kat sana dalam 4% setahun.

Jadinya saya pun mula buat kiraan. Andai kata dalam 20k , makanya at the end saya perlu bagi lebih kurang 800 setahun didarabkan dengan 10 tahun semua ada lah dalam 8k. Cuma satu yang saya sangat terkejut bila dia khabarkan pada saya yang kita takkan dapat penuh tapi dalam 18k terus saya terduduk. Tudiaaa.. Ini memang penindasan yang sempurna. Serius. 

Bayangkan ya. 4% setahun pun dah berjaya tibai dalam 8k sepanjang masa tu. Pastu lagi tibai 10% sebelum mula pape. Rasa saya sangat melampau kot. Tu dari kira kira 20k pun depa dah dapat 10k secara percuma dari kita, kalau lebih?? Lagi. Cer bayang ya. Pinjam dapat 90% pastu at the end terpaksa bayar lebih iaitu dalam 150%. Sememangnya penindasan yang sempurna. Ambil awai, sepanjang jalan dan akhir. Ambil sedikit bayar banyak. Sememangnya kita ditindas tanpa ada sesiapa yang cuba meleraikan penindasan ni. Ohh ya takut nanti ada yang sebut pasal kos perkhidmatan la kos apa suma bagai tu. Rasa saya la, berapa sen sangat la duit insurans pa bagai suma tu dengan apa yang orang kena bayar kemudian tu. Tak pernah ka fikir kesusahan yang kekadang tu dalam keterpaksaan orang ambil pilihan meminjam ni? 

Takut juga saya cakap cmni kan. Tapi betul apa? Islamic banking? Hahaha tu satu yang saya rasa nak gelak ja. Nama islamic kalau kat mesia ni hampeh. Tengok muvie muvie dengan tag islamix tak? Rasa saya hampir suma hanyalah sampah yang tak kurang memburukkan lagi imej islam di mata non muslim. 

Para pendukung yang kita harapkan pula. Ada yang at least mencuba betulkan apa yang ALLAH dah sebut sebagai penindasan ni? Saya belum nampak sampai sekarang. Yang sayya nampak. Satu cuba membela kroni sampai mati. Satu lagi perjuangan yang sudah nampak hampir sama dengan yang sana. Satu kem tu gila kuasa. Dengan isteri, anak, mungkin satu hari nanti cucu cicit dan piut miut semua naik. Hairan saya dengan perlakuan tu. Mana perginya slogan tentang untuk kami tu?

 Dan satu lagi ketika seorang ayah cuba menentang anak menampar ayah dari belakang. Ini juga lawak bagi saya. Lapis lapis hampagas yang langsung tak nampak ke mana hala perjuangan. Menagih sedekah berpuluh ribu ketika ratusan ribu untuk sebuah kenderaan itu mampu dikeluarkan. Saya anggap sebagai sungguh bodoh bila pucuk pimpinan dan cakap tidak, tapi pandai pandaii pula keluarkan kenyataan di belakang yang bercanggah dengan pimpinan.Lagi yang rasa saya lapis baru ni bebal bila pimpinan cakap tak mungkin bersatu, tapi yang muda muda ni pandai pandai cuba untuk bergabung seakan akan pihak sana dah 'berubah'. Tolonglahh. Anda ibarat si dungu yang dah berkali kali ditampar kepala, disepak, di duku dan di belasah, tapi masih juga sua kepala untuk terus diperkotak katikkan. 

Satu hari sahabat saya cakap. Ang nampak tak apa yang jadi sekarang? Patutlah ALLAH tak bagi kita menang. Saya jawab ya benar juga. Mungkin juga andai sini yang naik. Langsung tak ubah dari pihak di sana. Atau mungkin lagi teruk. ALLAH sengaja 'hold' kemenangan sebab yang nak naik banyak penuh dengan agenda sendiri yang sebenarnya menyorok dibelakang kata untuk kita rakyat jelata, tapi nampak gaya banyak untuk diri mereka sahaja. 

Akhirnya saya mula rasa muak dengan rentetan kisah kisah 'yang diharap' suma ni. Nampak gayanya benar. Macam yang selalu saya sebutkan. Selagi ALLaH bukan nadi perjuangan. Tak ke mana perjuangan tu. Mungkin bakal tersekat bila bila masa sahaja. Doa saya agar ALLAH ganti yang tak boleh diharap dengan hati hati yang dekat dengan ALLAH agar tidak lagi diselewengkan amanah yang kita beri pada mereka ni. 

Sungguh saya berharap nak jumpa kepala kepimpinan kita tu. Bukan hanya imam di medan juang tapi juga khatib di pentas masjid. Ini yang kita mahu. Tapi sayang, usia semakin melemahkan nya. Moga ALLAH pelihara tok guru kita. Moga dia dapat melihat dan memberi amanat pada perjuangan kita lagi. Takbir!

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA