Followers

Thursday, 9 October 2014

Monolog malam seorang Abi II

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dari kejauhan. mendoakan agar mereka berada dalam kesejahteraan.
Permulaan kepada kebahagiaan itu dari kegagalan, permulaan kepada kegembiraan itu dari  kesedihan, permulaan dari kesenangan itu dari kesusahan. begitulah yang cuba dipahatkan dalam hati.

Sebenarnya, mula dari awal 2 minggu lepas, kami jarakkan sedikit perjalanan due to keadaan yang susah nak diterangkan. satu perkara yang terpaksa kami ambil tindakan sebab masa depan itu masih panjang, mungkin keterpaksaan ni bakal dinoktahkan juga nanti. tambahan pula sekarang kos perjalanan dah makin meningkat, nak taknak kena juga la kami ambil tindakan ni.

kekadang mungkin hati tak rasa kuat, tapi apakan daya. macam hari ni, selalu waktu ni mesti jari budak kecil tu ada dalam genggaman saya, sambil umminya dibantalkan lengan saya. itu rutin kami setiap kali bersama waktu tidur.

Selalunya kan, siapa kita hari ni adalah apa yang kita tentukan. bila kita rasa tak kuat, cepat cepat lawan perasaan tu. andai kita terus menerus melayan, jadilah kita orang yang kita dok sebut sebut tadi, seseorang yang tak kuat. tapi andai kata kita terus melawan. kita pasti berjaya. saya pernah tertengok satu gambar kat FB, lebih kurang macam ni la apa yang dia nak sampaikan, katanya, buah, andai tidak diperah, manakan kita dapat jus nya, zaitun, andai tak ditekan, manakan dapat minyaknya, samalah dengan kita, sebenarnya dengan ujian yang kita dpat ni pasti akan menyerlahkan lagi siapa kita. ibarat nak jatuh dari tempat tinggi, apa yang ada ditangan yang ada dibadan pasti dijadikan senjata menyelamatkan diri, macam tu la juga kita, bila dalam desakan tu, kita pasti akan memikirkan cara, bagaimana nak melepaskan diri. dan pasti pasti dan sangat pasti, jalan yang bersamanya ada ALLAH itulah jalan yang terbaik. kan?

tadi ummi mengadu, katanya anak merindukan saya gamaknya. bangun tidur dengar suara saya, senyum, sambil sambil melepaskan susu sebab nak tengok saya dekat screen telefon tu. sayunya hati seorang abi bila dengar menda macam tu. tapi nak buat macam mana kan? Selepas dibincangkan, msanya akan tiba juga nanti, kena sabar sekejap sahaja.

yakin. ALLAH dah susun sangat cantik dah. percaya. ALLAH dah tetapkan lawa dah. hati yang redha tu lebih baik, dan pastinya akan merasa indahnya apa yang dihadapi.

takkan kena sikit dah nak layu kan??

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA