Followers

Sunday, 19 October 2014

Tidurlah sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hari Ahad yang sungguh seronok. Alhamdulillah. Dikurniakan saya lagi satu peluang untuk menjaga tuan putera kecil kami sendiri. Mengasuh dia sebagaimana Ummi mengasuh dia selama saya tak ada. 

Pagi ni. Kami bangun awal. Setelah ummi siap macam biasa, baru dia akan kejutkan saya. Sebelum tu. Masa dia bangun. Dia kejut juga. Tapi kejut minta saya peluk atau pegang si putera tu. Bg dia rasa ada seseorang disebelah. InsyALLAH dia ok. 

Sebaik lepas bangun dan mandi. Naik saja dalam bilik sikecil kami dah bangun. Alhamdulillah. Tak ada pula meragam hari ni. Mood baik sungguh nampaknya. Jadinya saya pun bersiaplah macam biasa. 

Macam biasa lah kan. Nampak muka abi apa lagi. Suruh dukung dia la. Saya tak menolak. Terus angkat. Sekejap ja la tapi sebab lepas tu saya nak bersiap. Dia memahami. Senyap sahaja memandang saya tengah bersiap dan seterusnya solat. Elok dia nampak saya dah di tahiyat akhir. Dia pun sampai. Port pebret la, atas riba saya. Saya biarkan dia. Belum sempat saya doa pun dia bangun. Sambung main.

Kami teruskan perjalanan. Balik Alor Setar. Terus sampai ke pejabat ummi. Hantar ummi. Dia pun masih okay. Sampai ke rumah. Alhamdulillah. Elok depan rumah. Masa saya tengah dok buka pintu. Saya suruh dia duduk dalam kereta. Tahu apa dia buat? Dia buka plastik kueh tu dan ambil satu untuk dimakan. Saya biar tapi sebelum tu saya gigit dibahagian yang keras supaya mudah putera saya ni makan. 

Lepas tu masuk dalam Rumah apa semua. Saya kemas dan angkat barang barang letak pada tempatnya. Layankan dia main sekejap. Sampai kira kira pukul 9 dia tunjukkan buai pada saya. Saya faham. Dia dah mengantuk. Dia nak tidur. Terus saya buaikan dia. X sampai 10 min saya rasa. Mata pun pejam dalam iringan zikrullah tu. Syukur alhamdulillah. 


Since dia dah tidur saya buat hal saya la. Teringat pula nak rakam lagi selamat tidur buat dia. Lalu saya cari handphone yang satu lagi, earphone untuk mulakan kerja. Saya pun buat. Tapi elok lepas rakan. Dah send dekat ummi, waktu saya nak buat versi lagi. Tersilap tekan. Terus buka mata tuan putera tu. Gamaknya kan terdengar suara asing dalam rumah, terkejut. Dia pun jaga. Tak mampu nak buat apa apa dah la selepas dia bangun. Saya biarkan dia bermain. Kemudian saya mandikan dia. Elok lepas mandi saya beri susu sebab nampak dia mencari susu. Lepas habis saya lepaskan dia terus bermain. Pastu nampak muka meneran. Okeh faham dah. Dia nak buang air besar. Senyum saya. Pandai dah sekarang. Nak buang air besar walaupun berpampers. Dia mesti akan duduk bertinggung sambil meneran. Elok selesai saya angkat dan salin dia. Kemudian biar dia bermain lagi. Sampai dalam pukul 11 macam tu. Dah dia buat perangai lagi. Saya beri makan tak mahu. Apa pun dah tak boleh. Perlahan saya angkat. Letak dalam buai dan beri susu. Syukur. Setengah jam selepas tu tidur lagi. 


Jam 12:30. Saya siap dan angkat dia masuk kereta. Masa untuk makan tengah hari bersama ummi. Saya dah siap tengok tengok mata dah buka besar. Dah jaga rupanya tuan putera kecil kami. Saya angkat juga. Masuk dalam kereta. Senyap sahaja. Sampai jumpa ummi pun masih sangat behave. Selesai makan. Hantar ummi. Saya bawa dia jalan sat. Cari kasut saya nak pakai. Kemudian jenguk sekejap dinasor trex kat sebelah opis ummi tu. Then balik rumah. 330 kot sampai rumah. Salinpampers dia. Lepas tu tengok dia main. 

Lepas tu saya pergi dekat. Saya angkat dia. Beritahu dia sayang, abi nak cakap sikit ni. Petang ni abi nak pergi jogging. Sayang tdo dulu boleh tak? Satgi sambil jogging tu sayang duduk la atas beskal sayang. Tahu apa dia buat? Dari duduk. Dia bangun. Dia tunjuk buai. Saya angkat dan masukkan dalam tu. Sekejap ja dah lena. Sebak pula saya. Bijaknya sikecil ni. Sebak saya sebab terasa banyaknya masa dia membesar yang tak ada bersama saya. Ummi reply msg saya beritahu. Ala. Dia memang membesar depan abi la. Kan tiap hari ummi cerita kat abi. InsyALLAH tak lama ja. Tahun depan insyALLAH abi sendiri yang ngasuh anak kita ni. 

Ya. mudah mudahan. Ya ALLAH. Mudahkan la kami mencapai cita cita kami ni. Amin yarabbal alamin. 

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA