Followers

Saturday, 12 March 2011

Khutbah Jumaat :: Kekayaan orang yang ingkar

Khutbah Jumaat :: Masjid Sembilang, Seberang Jaya
Tajuk hari ni adalah : Kekayaan Orang Yang Ingkar adalah Istidraj

ALLAH memberikan kurniaannya kepada yang dikehendaki. Antara kedua pemberian yang diberikan adalah antara dua, sama ada pemberian sebagai untuk kemuliaan, atau pemberian diatas ketelanjuran dan sebagai kehinaan kepada hambaNYA,

Jika satu hari kamu melihat bahawa ALLAH memberikan kekayaan dunia kepada orang yang ahli maksiat, janganlah kamu berasa duka, dengan melihatnya, kerana itu adalah Istidraj. dan apabila mereka dah terlalu suka akan nikmat pemberiannya iaitu harta dan pangkat, ALLAH akan sentap segalanya dengan sekelip mata, sama ada mereka akan jatuh terus terjelepok ke tanah, atau mungkin ALLAH tarik dengan nyawa.

Istidraj adalah, pemberian yang diberikan ALLAH yang tidak diredhainya, iaitulah pemberian yang diberikan untuk menghancurkan dan mengalpakan orang berkenaan. ibarat umpan yang diberikan kepada haiwan untuk memerangkapnya, dan haiwan berkenaan tidak sedar yang dia sedang diperangkap sedang dia berseronok berkenyang-kenyang dengan umpan yang diberikan,

Persoalannya, kenapa kita diumpan dengan kekayaan? pasti ALLAH punya sebab NYA tersendiri. INGAT, ALLAH tidak akan berbuat aniaya kepada hambaNYA kerana DIA itulah YANG MAHA PENGASIH. pokoknya beginilah, kenapa kita perangkap haiwan? sebab depa perosak, sama jugak ALLAH berikan kepada mereka itu, kerana merekalah manusia yang tidak sayang kepada diri sendiri, ALLAH MAHA PENYAYANG, jika tidak, takkan diutuskan Rasul seluruh alam, Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada semua, kemudian dilahirkan pula para Ulama' sebagai menyambung ilmu yang dari Nabi Muhammad SAW, juga punya Ibu bapa yang mentarbiah anak-anak, diberikan persekitaran yang mana masjid ada disekeliling kita, juga para rakan yang mengajak kearah kebaikan, tapi masih tidak hiraukan hidayah yang di berikan sedang jalan yang dibuka tu terbentang luas, tapi masih juga mereka memilih diri kejalan itu.

"Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Al-Imran : 117)

Malah ALLAH berfirman lagi,
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (Al-An'am : 44)

inilah yang dikatakan Istidraj ini, apabila sudah diberikan peringatan, tapi manusia masih lagi ingkar dengan peringatan berkenaan. iaitu apabila manusia terlalu alpa dengan harta, pangkat dan kekayaan yang diberikan itu, kerana kemudian nya nanti, ianya akan ditarik oleh ALLAH dengan serta merta.

PERINGATAN : oleh itu, kita janganlah terpengaruh sangat apabila melihat harta kekayaan itu, kerana mungkin ianya untuk ALLAH berikan peringatan kepada kita, atau mungkin adalah istidraj. bermuhasabah lah diri kita, dan bersyukur atas apa sahaja pemberian dan beramal dengannya, supaya jika ianya ditarik pun, kita redha kerana sedar, bahawa ianya adalah pemberian dari ALLAH, malah kita wujudkan rasa takut dengan pemberian tu agar kita sedar dan berhati-hati dengan nya, redha kita mungkin akan buat kita takut dengan penyelewengan kerana sedar ianya akan ditanya di akhirat nanti.

Akhir kata, persiapkan lah diri kita untuk hari itu nanti. hari di mana di hitung tiap apa perbuatan kita di sini dulu. Berhiaslah kita dengan perhiasan takwa, dan bersiaplah untuk hari pertanyaan besar itu nanti, yang mana amal soleh dan kemungkaran kita dipertontonkan di semua orang nanti, yang mana hari kita

3 comments:

tomatokering :) said...

tazkirah utk pagi2 nie.. terbaik utk ingatn semua kan.. :)

jgn jadik org yg leka... tpi kdg2 lalai jugak..huu

fRaMe+LenSeS said...

itu guna nya sahabat cheQ. sahabat yang baik adalah sahabat y mengingatkan sahabatnya.. ;)

Muslimah Optimis said...

entry yang sangat bagus untuk peringatan bersama.

like this Quote "itu guna nya sahabat cheQ. sahabat yang baik adalah sahabat y mengingatkan sahabatnya"..

saya nak jadi sahabat yang baik tapi kadang-kadang saya nakal.huhu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA