Followers

Friday, 4 March 2011

Khutbah Jumaat :: Insan Paling baik dan Keji

Dari Sumber :: Khutbah Jumaat : Masjid Subang Perdana : 04 March 2011
Tajuk hari ni mengenai : Insan Paling Baik dan Insan Paling Keji.

Yang Paling Baik
1 Adalah Hamba NYA yang panjang Yang Panjang Umurnya dan Baik Amalannya.

yang Tidak Baik
2. Panjang Umurnya dan buruk Amalannya..

Kita renung sat. kita yang mana? seberapa banyakkah kita da gunakan masa kita untuk beramal? Kualiti amalan kita? ada tak kita fikirkan pasal amalan2 kita selama kita hidup dan bertanggungjawap keatas perjalanan hidup kita ni? (selepas Baligh). Kata Ustaz Kazim dalam salah satu ceramah, sejenak berfikir tu lebih baik dari 70 tahun amalan. Maksudnya, bukan kita kena fikir ja n kita dapat amalan 70 tahun dan orang yang beramal tu 70 tahun tu hampeh, tapi dia nak gtau yang, jika Amalan yang salah, then tanpa kita amek langkah nak perbetulkannya adalah tidak berguna la. sebab sejenak kita berfikir tu, akan bawa kita kepada perjalanan melengkapkan dan memperbaiki amalan kita ni.. dalam erti kata lain, Muhasabah diri.

Untuk memperbaiki amalan ni.. ni lah antara yang dikongsi oleh Khatib sebentar tadi.

1. Menuntut Ilmu. kerana tanpa Ilmu, amal kita tidak diterima ALLAH. maksud nya, kalau apa yang kita wat tu salah, tade makna la.. saya simpulkan seperti atas tadi la.. mengambil contoh pula, kalau kita wat matematik contohnya, dan jalan kerja kita salah, apa markah kita dapat? tobat la KOSONG kan? takkan nak dapat markah pree, tu baru amek Math, kalau beribadat? tetttt~~ pikir tgk.. ;)

2. berDamping org y mampu tgktkn ilmu kita. dan memperbetulkan kita. ni penting la.. dalam pemilihan kekawan tu, kita kena titik beratkan menda ni.. manusia, kalau tidak ditegur, dia takkan sedar kan? suma igt betoi ja.. awasilah pergaulan kita..

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

3. Segera bertaubat. kembalikan haknya kepada empunya Hak.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?"

Para sahabat menjawab: "Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi sesuatu benda apapun."

Baginda S.A.W. lalu bersabda:
"Orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya ketika di dunia dahulu, dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta dan membunuh seseorang (tanpa alasan yang benar). Maka orang yang dianiaya itu diberikan pahala orang tadi.

Mangsanya yang lain pun diberikan pahalanya juga. Jikalau pahala-pahalanya sudah habis sebelum terlunas tanggungan kezalimannya, maka ambillah dari dosa-dosa orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, kemudian orang tersebut dilemparkanlah ke dalam neraka
". (Riwayat Muslim)

Maksud di atas adalah kita bertaubat kepada ALLAH.dan jangan berbuat aniaya kepada orang lain. mungkin hari ni seronok la kita, tapi astu hari nanti, segalanya akan dituntut kembali dari kita. ibarat satu kata tu, ALLAH akan membalas kebaikan walau sekecil zarah sekalipun. jadi beringatlah kita sementara kita masih muda, dan berpeluang untuk memperbetulkan nya.

4. Bdoa n harap bantuan n bimbingan dari ALLAH. berdoalah kita kepada Pemunya Diri kita nih. Pemilik segala-gala dalam dunia nih.. mintak lah kita dilindungi dari perkara- yang dapat merosakkan amalan kita kepadanya. dan kuatkan kita dalam mendekati NYA, dan jauhkan hati kita dari perkara yang menjauhkan kita daripada NYA.

Penamat nya, bersyukurlah kita dengan apa yang ALLAH beri kepada kita. sentiasa lah jadi orang yang berakhlak mulia. kerana yang "Akhlak yang mulia ini ibarat bunga yang mekar harumnya, sekalipun bunga itu sudah berguguran dan ilang baunya, tapi tetap dalam hati baunya sudah terpaut dalam jiwa yang pernah membaunya". bermaksud, akhlak kita sntiasa menjadi "trademark" kita dalam pergaulan dengan masyarakat, sekalipun satu hari nanti kita tidak lagi ada bersama mereka, kita masih lagi akan dikenang kerana baiknya akhlak kita, dan mungkin juga kebaikan diri kita jadi ikutan yang disekeliling nya.

Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, niscaya engkau akan disayangi oleh mereka yang di langit




nota ringkas :
1. Manfaat umur kita.

2. tingkat usaha menuntut ilmu n amal soleh

3. cari rakan y baik dlm idup n idp dalam suasana y dkt ng allah

4. btaubat.

5. Dkt diri ng amal makruf

6. kasihi manusia. Allah syg kita


6 comments:

FarAh AmiRa said...

bgs la tokwan..trma kasih mengingatkan miko sal akhlak yg terpuji n menjga amalan

fRaMe+LenSeS said...

Sama-sama Miko. ;) ingatan buat diri sendiri jugak ;)

nelly said...

wah ..bagusnya entri .teruskan ..tq sudi berkongsi .
=)

nora amila ghazali said...

waaa... bgus2... nie confirm khusyuk dgar khutbaah tadi!!! hohohoho....

nurhamizatulzullraooh said...

betul tu..sokong 100% semua tu ada benarnya

fRaMe+LenSeS said...

nelly :: sesama. :D

Nora :: rasanya kot? hihi

nurhamizatul :: yup. moga kita menjadi golongan tu ya.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA