Followers

Friday, 3 December 2010

Iklan dan Hiburan

sedikit coretan dari mimbar Masjid Subang untuk khutbah Jumaat 03-Dec-10.

Iman bercakap mengenai satu iklan di TV mengenai satu program hiburan.
dalam iklan tu, pelanggan baru order air, dan si peniaga mahu tutup kedai.
sebab nya, peniaga itu mahu ke program itu. dan si pelanggan pn akhirnya turut sama dengan si peniaga untuk sama-sama ke program itu.

dari iklan ni.. boleh kita lihat betapa tercemarnya fikiran rakyat kita dengan satu elemen ciptaan kita sendiri diberi nama sebagai "hiburan". betapa mudahnya kita terpengaruh dengan hiburan, sehinggakan kita meletakkan perkara fitrah, iaitu makan di sebelah dek kerana terlalu taksub dengan hiburan.

dalam islam sendiri, menurut satu riwayat, Rasulullah dan sahabat, ketika baru masuk waktu solat isya' tak silap saya, masa tu makanan turut siap, Rasululllah menyuruh sahabat makan dahulu kerana lapar. dari sini leh kita wat kesimpulan bahawa, perkara fitrah ini, diberikan kelonggaran kepada solat, tapi dalam iklan ini, meletakkan perkara fitrah ni lebih besar dan atas kedudukannya..

malah, dapat kita lihat, hiburan sekarang sudah menjadi seperti nadi kepada kaum-kaum muda kita, dan agak memalukan, kerana, dari sini la kita melihat, didalam kaca TV sekarang, golongan muda, (perempuan lazimnya) terkinja-kinja kerana terlalu asyik dengan artis-artis pujaan mereka.

bagi saya sendiri, perkara ini perlu diambil tindakan, dari kita dan pihak-pihak berwajib.. unsur-unsur hiburan ini perlu di-"tune" dan direndahkan "volume" nya , kerana ianya sekarang sudah terlalu berlebihan. anak-anak muda lebih kenal para artis pujaan mereka, dari kenal tokoh-tokoh Agama, dari kenal Alim-alim ulama' yang ada, cerita kisah cinta artis lebih diagungkan dari cerita para solehin yang memberi keinsafan. Malah, golongan ini terlalu diikut dan dicontohi, sehinggakan kadang-kala, pemakaian mereka, perangai mereka ini, di ambil sebagai iktibar dari para muda kita. ini adalah satu kerosakan yang jelas memberi kesan buruk kepada masyarakat kita dan seterusnya menjadi penyumbang kepada gejala-gejala tidak baik dalam masyarakat kita.

di sini, saya menyeru agar kita semua dapat menganjakkan diri kita jauh dari elemen ini.
ISLAM sendiri tidak menghalang dari berhibur, tetapi, ada batas-batasnya.. dan inilah yang perlu kita amik peranan dalam memperbetulkan perkara ini. kalau dibiarkan. percayalah kata saya.. tiada apa ag yang dapat kita lakukan nanti, setelah nasi menjadi bubur.
sama-sama la kita berdoa, sama-sama la kita mengambil tindakan, kerana kesalahan tidak hanya jatuh pada yang diatas, tapi kita juga kerana tidak menegur para pemimpin.
semoga dijauhkan kita dari gejala-gejala tidak baik ini.
Amin yarabbal alamin.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA