Followers

Friday, 1 April 2011

Khutbah Jumaat :: Amalan Pembaziran

Khutbah Jumaat : Masjid Subang Perdana
Tajuk : Amalan Pembaziran

Assalamualaikum..
Khutbah Jumaat hari ni adalah mengenai pembaziran. Di dalam Islam, segala bentuk perbuatan yang membawa kepada kerugian adalah dikira sebagai pembaziran. maksudnya tiap apa yang kita buat, belanjakan segalanya adalah tertakluk dalam pembaziran sekiranya ianya hanya dibuat dengan sia-sia tanpa mengambil kita apa yang hilang dan rugi dengan perkara berkenaan.

Dalam skop yang luas, pembaziran leh dipecahkan kepada tiga.
1. Pembazian Harta
2. Pembaziran Masa 
3. Pembaziran Tenaga 

Akan tetapi, jika kita perkecilkan skopnya, inilah dia , Pembaziran dari kaca mata Islam.
1. Pembaziran Ilmu Pengetahuan. - seharusnya ianya diguna untuk memperbanyakkan amalan kepada ALLAH, bukan semakin banyak, semakin banyak masa terbuang untuk hal-hal tidak berkenaan yang tak menyumbang kepada ALLAH.

2. Pembaziran Amalan - ini lebih menakutkan, amalan yang di buat hanyalah sekadar amalan pada mata manusia, tapi langsung tidak dikira oleh ALLAH dek kerana TIDAK IKHLAS dalam melakukannya.

3. Pembaziran Harta Benda - amat dititikberatkan oleh khatib sebentar tadi, terutama mengenai kita zaman sekarang yang berboros demi untuk nampak hebat dipandangan mata orang lain, sedangkan kita tidak cukup mampu. cth : menukar kereta, kerana nak bermegah2, sedangkan duit itu sepatutnya leh guna untuk keperluan anak-anak, isteri dan keluarga.

4. Pembaziran Hati - hati yang alpa dan tidak mengingati ALLAH, juga merupakan satu pembaziran. 

5. Pembaziran Tubuh Badan - berkait dengan kudrat yang kita gunakan untuk perkara tidak bermanfaat.

6. Pembaziran Cinta - ini satu pembaziran yang nampak sangat serius kebelakangan ini. terlalu memberatkan cinta sesama makhluk dari mencinta ALLAH Yang Maha Esa. ingatan pada ALLAH kurang dari ingatan pada syg-abg-ayg-darling-cinta-rangga-papa-mama terlalu banyak jika nak disebutkan. tapi paham-paham sendiri la.

7. Pembaziran Akal - terlalu memikirkan Dunia tanpa berfikir akan manfaat besar akhirat yang menanti kita di sana nanti. boleh merujuk kepada entry Sekecil Sayap Nyamuk.

8. Pembaziran Zikir - zikir, tapi hati tidak fokus, melayang kepada hal-hal tidak berkenaan dalam hidup.


Oleh itu, elakkan lah dari amalam pembaziran ini.. sesungguhnya ALLAH sangat membenci amalan pembaziran ini. 
"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. " (Al- Israa' : 27)

Islam tak pernah menyuruh umatnya untuk berlebih-lebih, malahan dianjurkan untuk besederhana dalam tiap perkara dalam hidupnya. malah harta yang diperoleh yang lebih itu juga turut ada haknya untuk orang lain (yakni Zakat ) buat yang tidak berkeupayaan iaitulah orang yang susah dan memerlukan. 

kembalilah pada jalan yang telah benar disusun buat kita itu, mengingatkan YANG KITA HANYALAH SI PEMEGANG AMANAH kepada semua yang kita milik sekarang, dan AKAN DIPERTANGGUNGJAWAPKAN kita atas apa yang dah kita buat dengan AMANAH yang dah diberikan itu, sesungguhnya yang mendapat manfaat itulah dia orang yang beriman dan beramal soleh kepada ALLAH. 

Kesimpulan : berjimat cermat dapat membantu kita bila tiba masanya nanti, antaranya ialah.
1.Dapat Pahala dan keberkatan
2. dapat mengelakkan diri dari muflis akibat perbelanjaan yang tidak terkawal.
3.Mampu bersedekah kepada ALLAH.
4. Ada simpanan. untuk msa sesak dan memerlukan. 

wallahualam.
Sekian, semoga dijauhkan kita dari berada dalam golongan BOROS ini.


3 comments:

shahjiehan said...

tu diaaaa!!! salin semua ke? bgus tol nadh nih!! respek arh!!

Muslimah Optimis said...

waaaaaaaaaa......... kami ni banyak membazirnya..huhuh..perkongsian yang sangat bagus.. thax sangat

iqbalsyarie said...

Tahniah. Perkongsian buah fikir yang baik

Buta+Pekak+Bisu=CINTA