Followers

Saturday, 26 February 2011

Khutbah Jumaat :: Bertakwa

Mengenai kepentingan bertakwa kepada ALLAH..
khatib kata :: inilah ungkapan yang paling kerap diulang.
setiap Jumaat akan diulang 2x.. tidak kira lagi bila kita dalam majlis Agama, pun akan diulang berkali2.. tandanya betapa pentingnya kita ini bertakwa ke jalan ALLAH SWT.
ini adalah kerana, hanya dengan jalan Takwa sahajalah akan dapat membawa kita ke arah yang lebih baik , juga dengan Takwa jugalah kita akan dapat mendidik, Anak-anak kita, ahli keluarga kita, jugak jiran-jiran dan masyarakat untuk bertakwa kepada ALLAH.

mula nya mengenai Mukjizat Rasulullah SAW yang dikurniakan ALLAH , di mana Rasulullah mempunyai mukjizat untuk bercakap mengenai masa depan yang kita tidak tahu. dibuktikan apabila pada ketika itu, Rasulullah berkata yang Rome akan jatuh. pada ketika itu, semua pakat dok kata dekat Rasulullah yang dia adalah pendusta kerana pada ketika itu, ROme berada pada zaman kemuncaknya. (Surah Al-Ruum)

hari ni khatib bercakap mengenai Hadis ini.:
mengenai wanita yang berpakaian, tapi sepertinya mereka bertelanjang dan mengenai, golongan pemimpin yang kejam,ibaratkan seperti lembu yang menggoyangkan ekornya, kekiri dan kekanan, sedangkan dia sendiri tidak sedar kemana yang dipukulnya ekornya itu.

Dari Abu Hurairah :: Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)


hari ni khatib bercakap mengenai Hadis ini.:
mengenai wanita yang berpakaian, tapi sepertinya mereka bertelanjang dan mengenai, golongan pemimpin yang kejam,ibaratkan seperti lembu yang menggoyangkan ekornya, kekiri dan kekanan, sedangkan dia sendiri tidak sedar kemana yang dipukulnya ekornya itu.

Pertamanya mengenai golongan pemimpin yang kejam. mentadbir dengan akta, dengan segala undang-undang kononnya sedangkan perkara2 berkenaan tidak sama sekali bertepatan dengan Hukum Hakam yang termaktub dalam Al-QUran yang mana ini yang ditetapkan dan dimahukan oleh ALLAH. samalah seperti lembu yang mengibaskan ekornya sedang dia pun tidak tahu ekornya itu dilibaskan ke mana.

kita, sebagai hamba yang mengaku cintakan Rasulullah, adalah dilarang menyokong orang yang zalim, mendekati mereka, malah cenderung kepada golongan ini. sesungguhnya ALLAH melarang kepada kezaliman, dan mengharamkannya, maka siapa dari kita yang menyokong atau cenderung kepada golongan ini, adalah sama seprti mereka dan ditakuti akan turut sama disambar api neraka dek kerana itu.

Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa hendaklah dengan mulut(menegur), jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.

kata khatib, yang disebutkan dengan hati itu, bukan setakan mendiamkan diri, tapi itulah dengan menjauhi mereka dan tidak menyokong mereka.

Pkara ke2.adalah mengenai golongan perempuan yang berpakaian , tapi bertelanjang, iaitulah golongan yang memperagakan tuuh buat tatapan orang. berpakaian, tapi pakaian yang KETAT, yang menunjukkan bentuk tubuh, (ayat kasar saya, nampak abeh yang mana toek, yang mana tegang yang mana kendur, abeh nampak la,,)

dalam hal ini, seperti yang diatas tadi jugalah, tidak akan berlaku jika AL-Quran dan As-Sunnah dijadikan pegangan dan dititikberatkan dalam mentadbir, juga atas kata Takwa tadi juga, kita akan lebih "alert" dalam hal ini. sebab, kita dapat lihat sendiri sekarang, ada sahaja fesyen Muslimah (kononnya), tapi fesyen yang mendedahkan aurat, ada fesyen muslimah, tapi tangan baju pendek jugak, tudung atas dada judak, tudung tu men tekup atas rambut ja, sama ja la macam yang lain, kat cni, leh tgk sendiri la, yang mereka sendiri tidak serius dalam usaha memuslimahkan pakaian wanita.

Ibu bapa juga mempunyai kepentingan yang besar dalam hal ini. pemikiran, "depa muda lagi, depa kecik lagi, takpayah tutup aurat lagi" ini perlu dibuang jauh-jauh dari pemikiran. kerana dari ibu bapa sebenarnya soal takwa dan hal aurat ini bermula, sebaiknya adalah dipaksa dalam menjalankannya, (tapi bukan secara membabi buta la, tapi secara berhemah) . Kalau tidak, sampai bila pun kita akan jumpa, ibu yang bertudung, ayah yang berkopiah, tapi anak, masih dengan pakaian yang ketat-ketat yang tidak menunjukkan muslimah yang sepatutnya menutup aurat seperti yang disyariatkan.

apa jalan kita, apa perbuatan kita di dunia ini akan dipertanggungkan di akhirat satu hari nanti. sekira nya masih lalai dan tidak ambil kisah perkra ini nanti, kita akn ditanya dan dipertanggungjawapkan atas hal ini. "Setiap org tidak akn dbebankn kcuali dari hasil usaha depa sndiri. Hasil dari amalan dan usaha depa sndiri." , dan tidak menjadi tanggungjawap mereka lagi seteleh mereka telah berusaha untuk berdoa dan menegur keluarga yang berada di bawah tanggungjawap mereka, hal ini dapat dilihat dari kisah Nabi Nuh dan anak-anaknya yang menolak ajaran ALLAH yang dibawanya. Nabi Nuh telah dimaafkan dan dilepaskan dari kesalahan anak-anaknya kerana telah mengambil tanggungjawap menegur mereka.


Moral dari diatas adalah, sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak tersangatlah penting. maksud saya dari segi hal Pendidikan Agama. WAJIB kita melengkapkan mereka seawal permulaan mereka, dan dari diri kita sendiri juga, jika kita pn Haru, camna kita nak bagi depa jadi baik kan.
ibarat kata dia bawah .
"anak adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, jika hijau yang kita letak, maka hijaulah dia, biru dari kita, maka biru lah dia.. segala bermula dari kita"


1 comment:

Muslimah Optimis said...

setuju sangat dengan kata-kata akhir tu...

mungkin berminat nak baca ni???

BILA KAYA DI DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT

Buta+Pekak+Bisu=CINTA