Followers

Saturday, 4 September 2010

Janji kekasih (Final Episode)

Akhirnya, selesai jugak cerita ni..
berakhir dengan kematian Karina.. betul2 dihadapan Syah, bopren tersyg.. tapi aku bukan nak cakap sal cita ni.. tapi apa yang terkandung dalam cerita ni sebenarnya..

bagi aku, cerita ni sarat dengan nasihat dan ada nilai tersndiri..
mungkin ada la beberapa kekurangan dalam cerita ni yang mungkin perlu diperbaiki,
tapi sedikit sebanyak cerita ni memberi pengajaran yang besar kepada kita..

antaranya, dia banyak menunjukkan betapa masyarakat kita ni pandang "slack" kepada orang2 yang nak berubah ni.. cth ny watak yang kawan baik Alya sebelum Karina,Rukayah dan watak Mak Su Syah, Safura. 2 watak ni cukup kuat dalam "mengutuk" dan menjatuhkan Karina.. aku akui, dalam masyarakat kita ni sebenarnya.. mmg ada orang2 macam ni.. tak henti2 nak bagi down orang2 yang sedang menuju perubahan ni..

Selain tu jugak, watak ibu Karina, Pn. Marina, turut membuka mata aku bahawa, dalam masyarakat kita skg, masih ada lagi golongan2 yang terlalu memandang kepada dunia, malah ditolak seratus peratus Hukum ALLAH, dan dalam cerita ni dia menolak Karina kerana memakai tudung, cth dalam satu scene tu, nak kmbali kepada dia, nak jadi anak dia, kena buka tudung, pakai la baju2 sexy yang dia da beli dlu.. dan semestinya dia ditolak la kerana, ALLAH ada berkata dalam Surah Al Ankabut

“Dan Kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kalian kembali lalu Aku khabarkan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan.” (Al Ankabut : 8)

dari sini kita leh lihat betapa penting nya mengikut perintah dan taati ibu bapa selagi mana tidak bertentangan dengan Hukum ALLAH..

sebenarnya cita ni ada juga gtau kita, dan di tujukan buat kita juga sebenarnya.. yang mana, dosa2 ni akan ALLAH balas juga kepada kita.. macam dalam cerita ni.. diberikan Karina sakit, dan ditiupkan sedikit cahaya hidayah dalam hati dia.. diuji dia dengan kesakitan, dan penolakan masyarakt sekeliling keatas perubahan tu.. dan alhamdulillah, sedikit pn diri dia tidak terjejas kerana penolakan tersebut, malah dia menyerahkan bulat2 kepada ALLAH kepada semua yang dah ditakdirkan kepada dia.. sememang nya ini lah yang perlu kita semua amati.. Ujian tu sememang nya akan diberikan kepada kita, bak satu Quote yang aku suka dlam cita ni.. "..ujian ini untuk menunjukkan Cinta ALLAH kepada hambanya yang dikasihi.. ".. aku suka Quote ni.. aku rsa kalo semua orang paham akan quote ni.. dan amati dia betul2.. pasti semuanya takkan pernah tinggalkan perintah2 dia.. dan tadak juga la yang amek jalan mudah seperti bunuh diri kerana kononnya frust ng idup ni..

"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak.." An Nisa : 19

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu beruntung.." Al Baqarah : 200

2 ayat di atas menyatakan yang ALLAH itu MAHA MENGETAHUI dalam setiap apa yang ditakdirkan kepada kita, juga penting nya bersabar dalam menghadapi ujian tersebut.. maka haruslah kita redha dengan tiap apa yang terjadi dalam idup kita ini.. sebab DIA juga da berkata, tidak diberatkan kita dengan ujian itu jika kita tidak mampu menanganinya.. maka atas sebab itu di uji kita, dengan kemampuan kita.. jika kira sedar, pastinya kita akan terima semuanya..

Dan akhir sekali adalah nilai perubahan dalam cerita ni sedikit sebanyak menginsafkan.. bagaimana seorang yang dlu minum arak, bebas, dan segala maksiat, dapat berubah dan tinggalkan semua tu dan memulakan hidup baru setelah diberikan dia hidayah.. syukur sebenarnya bila diberikan hidayah untuk dia berubah, tapi bagaimana dengan kita ni? tahukah kita esok lusa idup kata macam mana? bagaimanakah kita bila tiba hari2 akhir kita nanti? adakah kita dalam golongan yang mendekatinya atau dalam golongan yang tersesat diri jalan NYA.. sama2lah kita renung2kan.. kita amati semua ini.. semoga kita semua tidak berada didalam golongan yang jauh dari NYA.. Amin Yarabbal Alamin..


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA